Sila Tgalkan LINK anda Disini

Thursday, March 17, 2011

Rahsia Falsafah Bunga

Posted by Nurul Atiqah at 8:41 AM 2 comments
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!!  Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros  
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

 FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:  

ROS PUTIH  
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION  
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA  
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA  
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI  
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

 BUNGA IRIS  
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA JASMIN  
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID  
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH  
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI  
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

 BUNGA TULIP  
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

 BUNGA IVY  
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET  
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

 KOD WARNA BUNGA  
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!


MAKSUD TERSIRAT  
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!


BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.



Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Perasan x ape yg baru???

Posted by Nurul Atiqah at 8:27 AM 2 comments
Maria sudah 15 tahun kahwin. Tapi perkahwinannya semakin lama semakin hambar. Suaminya langsung tak kesahkannya.
Pada suatu hari dia mendapat idea untuk mengejutkan suaminya dengan memerahkan rambutnya di sebuah saloon.

Setelah sampai di rumah, dia pun cuba mengejutkan suaminya, sambil mengangkat rambutnya dia berkata, "Yang....
perasan tak apa yang baru....??"

Suaminya yang baru sahaja membaca kisah makhluk asing di internet terkejut melihat Maria, dan menjerit "Awak ni siapa?
Ooo, awak ni mesti makhluk asing dari planet nibiru tu ya? Baik awak blah dari sini, jangan ganggu keluarga saya!!!"

Oleh kerana terlalu takut suaminya telah mati akibat serangan jantung. Tak pasal-pasal je.

Firasat

Posted by Nurul Atiqah at 8:16 AM 0 comments
korang dah bertemu ngan right person..??? samaada sudah atau blum.. korang kena ambil tau tempat pertama pertemuaan korang kerana ianya memberi sribu makna dalam menilai prhubungan korang... walau bagaimana ini hanyalah ramalan semata2... klo korang nak percaya.. lantak koranglah...

PANTAI
maknenyer= rumahtangga yg terbina nnt penuh damai tp mudah brgelora... jika sesuatu berlaku..ianya pasti mengikis kasih syg dan kebahagiaan juga adalah seperti air laut... faham2 sndrilah..

SHOPPING KOMPLEKS
maknenyer= korang berdua susah nak kaya kerana boros berbelanja...

TANDAS AWAM
maknenyer= rumahtangga yg terbina bakal dicemari ngan bau2an yg kurang mnyenangkn... kasih syg pula hanyalah setebal kertas tisu lap po...

RESTORAN
maknenyer= makanan akan menjadi punca korang x bahagia kerana sama2 pelahap...

PAWAGAM
maknenyer= rumahtangga korang sarat dengan adegan dramatik.. suka.. duka.. cemas...thriller... namun korang hanya mampu melihatnya...

KUBUR
maknenyer= rumahtangga anda akan sentiasa diselubungi MISTRI...

p/s Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

hanye sekadar hiburan

Posted by Nurul Atiqah at 8:15 AM 0 comments
Berape hari yang lepas, satu temuduge kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suarelah pulak. Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade tige kawan kite dari
terengganu telah dipilih untuk di temuduge.

Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ketige yang pertame. Ape lagi berdebar-debarlah depa
orang ni. Kawan yang nombor satu mule la merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!)

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang kedue,
"Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."

Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan berlagak macho seraye berkate "Mu nok takut bende
gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun .
Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok
makang mu".

"Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi". Tibe mase yang ditunggu-tunggu,
make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawang yang
pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacan la kawan nombor due ni dok tanye ape
soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi". Kawan nombor satu tadi pun jawap,
"Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak
die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawan nombor due pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu.Guane nih awang.
Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku
nok jawak."

Pastu sampuk le pulak kawang nombor tige yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang mu jadi bodo
sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat
getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat
la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".

Ape lagi kawang nombor due suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die tak tak tahu yang
kawang die nombor tige tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nak sebut macam mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak keluar-keluar lagi.
Kawan yang nombor tige dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi. 5 minit kemudian
keluar la kawan nombor due ni dengan muke tersenyum. Kawan no. 3 pun tanye la, ape soalan
yang keluar, jawap la kawan no 2 ni, Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi TNB tu aku
buleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi."

Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah kawang no 2 tadi."
Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no 3 pulak jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".
Ape lagi kelam kabut le kawan kite.

Tibe-tibe kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea. "Ape bende yang susoh sangat ni.
Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Ape lagi bergegas la kawang-kawang ni pegi toilet
untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu name kawan no 3 ni pun di panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat kawan kite ni masuk dalam bilk interbiuw tu.

Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan muke kepelikkan.
Kawan-kawan die yang luar ni tanye la kenape keluar awal sangat. Die menjawap, mase die jawap
ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal-pasal semue ahli panel tergelak-gelak sampaikan ade yang mengalir-alir air mate tak tahan sangat. Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli
panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap.Dengan confident die bagitahu dengan kuat
dan lantang " Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang sorang ni dah terpakai
terbalik rupenye yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name Pengerusi TNB yang baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.

Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang lagi tu. Sebagai pengajaran untuk anda semue
jangan la cube menipu mase interbiuw nanti.Tak berkat .

Minah Rempit kewww

Posted by Nurul Atiqah at 8:12 AM 0 comments
cerita ni cerita benar (hak cipta terpelihara) klu x lawak.. hmmmmmm

cerita ni berlaku keatas orang lain semlm...ble aku tengok...berguling aku gelak..

mase aku n member aku tgh lepak birai jalan...
kiteorg nampak 2 org girl cun naik motor.. pelajar skolah lagi nampak dr cara diorg berpakaian..
yg depan tu muka cam britney spear, yg sorang lagi tu aku tgk ayu skit..( duduk kat belakang)

kawan aku yg agak gila2 skit, si A ni naik motor die terus gi dekat budak 2 org tu...nak usha la tu..
aku tgk diorg cam takut2.. pastu terus diorg speed motor diorg....x nak kena ganggu la tu...
ape diorg ingat boley ke lari dr member aku A , bekas mat rempit?
tah mcm mane...

girl yg bwk motor tu nak memecut tp x lepas jalan... terus diorg booom!
langgar paip besi tepi jalan..

sian aku tgk diorg....takut je.. disbbkan perasaan lucu lebih byk dr kesian so kiteorg ketawa!!! hahahaha

yg duk belakng tu (malu2 tu) jatuh tertonggeng atas pasir selut dekat tepi jalan...habis separuh muka die dilumuri selut..
yg cam britney spear tu lg teruk...tergolek sampai dlm parit..abis buku2 diorg hanyut...

prihatin punya pasal(terutamanya aku la!)
terus pi dekat diorg..

dik, kenape ni dik???? ( dah tau tp sengaja je tanya)
muka sesorg pucat lesi...
aku pun tolong la kutip buku2 diorg yg hanyut dlm parit tu...(baik aku kan?)
yg minah jatuh lam parit tu abis putus selipar! haahha.... kiteorg tahan je ketawa...x sampai hati lak...

lps ucap time kasih, diorg terus blah..
member aku si A tu ikut sampai umah diorg....nak usha la konon.....dasar bengong tu...last2 habuk pun tarak...no fon pon x dpt.. siap kena jeling kat bapak awek tu lg... heheh

girl tu pon satu, kasi ler no dulu sblom nak blah tu...

Si penceramah(rokok)

Posted by Nurul Atiqah at 7:56 AM 1 comments
Seseorang pemuda sedang berdiri di hadapan sekumpulan perokok di sebuah kedai.

Pemuda: Assalamualaikum brader isap rokok ni tak elok la untuk kesihatan nanti masuk hospital kang susah keluarga risau nak keluarkan bil2 kos perubatan untuk jantung korang rosak nanti mati dah satu hal nak kena nak uruskan jenazah kalau meninggal nanti, dalam rokok tau tak ada ganja nikotin yang berbahaya akibat boleh membawa padah dan keperitan di dalam kehidupan korang, aku tegur ini sebab aku sayang la anak-anak muda macam korang dah rosak awal-awal.. So berhenti la isap rokok ek

Lepas di habis berceloteh..

Pemuda: So berhenti la isap rokok ek... Segala rokok2 yg korang ader tu, korang serahkanlah dgn ikhlas kpd diriku... kalo korang terbeli lg, cari aku dan serahkan jua kpdku... confirm lepas ni korang berhenti merokok punye... tak caya... cubalah...

perokok:erkk

Pemuda: Brader rokok sebatang..

ahli falsafah dan pelawak(mana lebih lawak)

Posted by Nurul Atiqah at 7:54 AM 0 comments
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah..
seorang pakar matematik dan seorang
pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat
projek…
Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan
kepada ku.. kalau aku dapat menjawab..
kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak
dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah
buku falsafah yang lengkap dari
Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela
dihukum…”.

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya
pergi mencari buku yang diperkatakan..
lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di
sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang
Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik
mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253*254-45557+
(5454*25451) dalam masa 5 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan
pantas.. Hakim memberikan jawapannya..
dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang
mempunyai 7 lubang ditempat
duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak
itu duduk dan tiba-tiba melepaskan
kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada
Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut
saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat
lubang yang berada tepat dibawah
punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
“Kentut mu keluar dari lobang yang
ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari
lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

penjaga kanak-kanak

Posted by Nurul Atiqah at 7:52 AM 0 comments
Di sebuah shopping complex ada seorang pemuda lelaki sedang memegang seorang kanak-kanak kecil yang comel, lalu seorang gadis jelita sedang bertanyakan kepada pemuda itu.

Gadis: Ee... Comelnya anak buah awak ek?

Pemuda: Bukan

Gadis: Adik awak?

Pemuda: Bukan

Gadis: Hmm.. Anak awak?

Pemuda: Bukan


Gadis: Tak kan cucu awak kot??


Pemuda: Pon bukan

Gadis: Habis tu??


Pemuda lelaki itu lalu berbisik di telinga gadis jelita itu..

Pemuda: SAYA NI PENCULIK

Ujian Neurologi untuk Alzheimer

Posted by Nurul Atiqah at 4:06 AM 0 comments
Masa yang diperlukan untuk setiap soalan cuma 5 saat je...selamat mencuba. 

Ada berapa Huruf C 

OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOCOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOCOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOCOOOOOOOOOOOOOOO COOOOOOOCOOO
OOOOOOOOOOOCOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO


2- Ada berapa nombor 6.
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999969999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999
6999999999999999999 9999999999999999 999999999999
9999999999999999999 6999999999999999 999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999


3 - Ada berapa huruf  N.(YANG NI KASI 10 SAATLA)
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMNMMMMMMMNM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMNMMMMMM
MMMMNMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMNMNMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMNMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMNMMMM


Tahniah kepada siapa yang berjaya meneka dalam tempoh 5 saat, tapi kepada siapa yang lebih 4 saat atau langsung tidak dapat teka baik pergi jumpa doktor besar kemungkinan anda penghidap Alzheimer,sebab ni ujian neurologi untuk Alzheimer.

p/s;selamat mencuba yer:P

soal jawab guru n shin chan

Posted by Nurul Atiqah at 4:04 AM 4 comments
Soal Jawab Guru dan Shin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?

Shin Chan : Kerana sebuah papan tanda.

Guru : Papan tanda mana ?

Shin Chan : Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-


Guru : Shin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?

Shin Chan : "B-O-O-W-A-Y- A"

Guru : Bukan, Salah tu.

Shin Chan : Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru : Apakah formula untuk air?

Shin Chan: "HIJKLMNO"!!

Guru : Apa yang awak cakap tu?

Shin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Shin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.

Shin Chan: Di sini Cikgu,


Shin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!

Guru : Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?

Kelas : Shin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru : Shin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.

Shin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?

Shin Chan : Jangan kena gigit serangga.


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*


Guru : "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"

Shin Chan : "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Shin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !

Shin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Sekarang, Shin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?

Shin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Shin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?

Shin Chan : Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *


Guru : Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?

Shin Chan : Seorang Guru, Cikgu!

Padahnye Kalau Teknologi terlalu canggih

Posted by Nurul Atiqah at 3:46 AM 0 comments
TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana semalam, memaksa pekerja yang berusaha menangani kebocoran radiasi meninggalkan kawasan itu untuk menyelamatkan diri.
Pegawai yang cemas memindahkan 50 pekerja awal pagi semalam selepas penggera di loji itu mengesan tahap radiasi mencapai tahap berbahaya kepada kesihatan manusia.

Helikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.
Kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku bencana yang amat dahsyat meningkat seiring dengan kenaikan tahap radiasi dan pakar memberi amaran, loji di Fukushima itu kini menjadi ancaman nuklear hampir sama seperti peristiwa Chernobyl.

Lebih 140,000 penduduk dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu diarah supaya tidak keluar rumah sementara 180,000 yang tinggal lebih hampir dengannya sudah dipindahkan.

Orang ramai yang ketakutan memenuhi jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Kerajaan Perancis menggesa warganya yang menetap di Tokyo supaya meninggalkan Jepun atau berlepas ke selatan negara itu, Selasa lalu, kebakaran berlaku di kolam simpanan bahan tenaga reaktor yang sama, kawasan tempat bahan negara nuklear yang digunakan disejukkan, menyebabkan bahan radioaktif terbebas ke udara.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, petugas yang cuba menyejukkan reaktor di loji Fukushima Dai-ichi dengan air laut sebagai usaha terdesak untuk menstabilkan suhu tidak mempunyai jalan lain kecuali menyelamatkan diri dari kawasan paling berbahaya itu.
“Mereka tidak boleh melakukan tugas di loji itu, walaupun yang paling minimum,” kata Edano.

Beliau turut memberi amaran, usaha mengatasi kebocoran radiasi dari udara dengan menggunakan helikopter mungkin tidak akan berjaya.

“Usaha mengatasi masalah itu tidak semudah dengan hanya mencurahkan air. Kami berusaha untuk mengelak daripada menimbulkan lebih banyak masalah,” katanya. - DM

sumber-mymetro

Wednesday, March 16, 2011

ape sudah jadi dgn pantun zaman skang?? :O

Posted by Nurul Atiqah at 6:50 AM 2 comments
Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tlong jolokkan,
Yang gatal p jolok buah cempedak org tu pasai pe?
Kang dah kena penumbuk...

Klo ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
nak mandi g le blik air woiii,
x pasal2 kena ngendap nnt...

Kalu ade jarum yg patah,
Jgn disimpan di dalam peti,
Klo nak simpan pun aper salahnyer,
peti korang lantak korang le...

2, 3 kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
memanglah x sama,
klo kucing yang lari tu kucing tompok, itam, putih ke...

pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
alamat habislah busuk pisang tu,
blayar bukan ambik masa sekejap wehhh..

30 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Manusia Normal

Posted by Nurul Atiqah at 6:46 AM 0 comments
1. Menulis nombor pin bank di belakang kad ATM


2. Menaip sms yang pendek tanpa meletakkan perkataan "huhu"


3. Pergi berak tanpa pakai towel


4. Lupa akan asal-usul negaranya dan lebih berpihak kepada negara Korea


5. Nampak orang tersungkur depan mata tanpa menggelakkannya


6. Nampak iklan entri aku tanpa tolong klikkan


7. Mengorat makwe yang tengah berdating ngan pakwenya


8. Menonton video yang bukan-bukan tanpa mengambil kira langkah-langkah keselamatan


9. Menuduh aku syok sendiri dengan Lisa Surihani


10. Pergi KFC atau Mekdi tanpa membazirkan sos dan mengambil straw lebih


11. Tidak memiliki laptop HP CQ40 yang sangat berkualiti dan tak pernah rosak


12. Menjadi penyokong Liverpool


13. Menonton drama My Girl tanpa berasa sedih


14. Suka cakap pasal politik tapi tak hapal pun Rukun Negara


15. Nampak orang tengah sidai baju pastu tanya "oi, basuh baju ke?"


16. Nampak orang pergi pasar pastu tanya "oi, nak beli ikan ke?"


17. Masuk ke tandas sambil membawa laptop dan earphone


18. Online menggunakan Internet Explorer


19. Pergi kuliah tak bawak earphone dan PSP


20. Lebih berbangga menggunakan nama-nama anime dari nama yang diberi oleh mak bapak sendiri


21. Membelanjakan RM10 untuk filem Jin Noti


22. Pergi meeting tepat pada waktunya


23. Meminta perhatian dan belaian manja orang ramai dalam facebook


24. Memiliki motor yang besar tanpa perasaan angkuh


25. Memasak megi di sekolah asrama pada siang hari


26. Membelikan topup untuk awek


27. Masih lagi aktif bermain Friendster


28. Mempunyai muka perogol bersiri pastu pergi rebonding rambut


29. Mengharapkan kekenyangan itu datang dengan sendiri selepas membuat status 'lapar' di facebook


30. Baca entri aku ni tanpa komen kat bawah

p/s;hahaha....

Asal Usul Hantu

Posted by Nurul Atiqah at 6:44 AM 0 comments
1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satukemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.


7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8.hantu mak limah - hmmmm... ==" kite bako.. kite bako jer ler.

Cara hilang mengantuk dalam kuliah

Posted by Nurul Atiqah at 6:40 AM 0 comments
1. Kunyah chewing gum pastu letak kat kerusi kawan-kawan...


2. Ikat tali kasut kawan yang tidow kat meja atau kasut kawan yang lain...


3. Skodeng amoi-amoi yang cun... Kalau takde, skodeng diri sendiri je...


4. Cabut bulu kaki banyak-banyak pastu kira jumlahnya...


5. Cabut kasut kawan pastu baling depan lecturer... Kalau lecturer marah, cakap kat dia yang tadi tu hanya latihan firedrill...


6. Hidu gam...


7. Kalau lecturer tanya ada soalan ke tak, angkat tangan dan ajak dia pergi tengok wayang...


8. Buat-buat mengamuk sakan... Kalau lecturer tanya kenapa, jawab je nampak kuman kat atas meja...


9. Buat muka marah pastu tenung muka lecturer lama-lama sambil genggam pembaris...


10. Curik dompet kawan dan gelakkan I.C mereka...


11. Cepatkan jam dalam dewan kuliah...


12. Ambik 2 bijik botol dan ketuk kuat-kuat... Cakap kat lecturer Safee Sali ada kat belakang whiteboard...


13. Lari keliling kuliah sambil bukak baju dan sangkut selipar kat tangan...


14. Kumpul batu-batu kecik dan baling kat budak pompuan yang pakai tudung pelik-pelik...


15. Lagakan kawan-kawan sampai mereka gaduh... Bila dah gaduh, rakam dan upload ke facebook...


16. Geledah beg budak-budak pompuan dan curik pad mereka...


17. Bila kelas tengah senyap, main mercun pastu salahkan lecturer...


18. Bila kelas dah nak abes, puji lecturer tu cantik atau hensem berkali-kali...


19. Kumpul air dalam baldi dan simbah kat depan kelas... Bagi alasan tu untuk padamkan api kejahatan...


20. Pergi kelas pakai kain kapan dan duduk sebelah lecturer...


21. Bila dah abes satu bab, jerit "goooolllll!!!"... Lakukan sampai kelas tamat...


22. Kalau lecturer bagi assignment banyak-banyak, mintak tambah lagi...


23. Ajak kawan-kawan main batu seremban dalam kuliah...


24. Kalau lecturer tu laki, cakap kat dia zip terbukak... Cakap banyak kali...


25. Jual popcorn dalam kelas...


26. Miskol nombor lecturer banyak-banyak kali...


27. Masuk dalam kuliah dan bagitaw ada pak gad tengah clamp kereta lecturer...


28. Pergi kuliah pakai towel je... Bawak syampu sekali...


29. Edarkan poster Dr. Rozmey dalam kuliah...


30. Kalau dah ngantok sangat, tidow jelah...

p/s;tok sonok2 aje:)

Mempercayai cerita lagu

Posted by Nurul Atiqah at 6:36 AM 0 comments
Pernah korang dengar lagu ni:


Air pasang pagi
Surut pukul lima
Nyonya bangun siram pokok bunga
Pokok bunga melur tanam tepi pantai
Itik bertelur ayam menetas
Cik baba jatuh dalam parit
Cik aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Dapat bini cantik
Tersorok bawah dapur

Lagu tersebut telah pun berkumandang di televisyen dan seorang budak telah mempercayai bahawa lagu tersebut berdasarkan dari kisah yang sebenar, lalu dia keluar rumah di waktu pagi pergi ke surau bersama ayahnya untuk membuka masjid untuk solat subuh dia melihat air pasang pagi tidak surut pada pukul lima dia begitu marah dengan keadaan itu, selepas solat subuh mereka pun pulang semula ke rumah. Budak tu melihat jiran nyonya sedang "taichi" bukannya menyiram pokok bunga melur akibat terlalu marah dia tukar baju biasa dan pergi ke tepi pantai mencari bunga melur tapi yang ada hanyalah pokok kelapa tua yang tinggi it di tepi pantai, dia tersangat-sangat marah dan pergi ke reban ayahnya melihat itik bertelur tetapi tiada pun itik bertelur dia hairan. Dia cuba melihat ayam menetas tapi maknya sudah bawak ke dapur pecah telur ayam dia melihat ke dalam kuali tetapi tiada ayam pun ada hanya cecair kuning. Dia keluar dengan marah yang meluap-lupa dia ke parit untuk mencari Cik Baba yang mungkin akan jatuh parit tapi tiada seorang pun berada di situ, dia ke sungai pula lalu dia perasan Cik Baba yang tersandul kayu di kaki lalu terjatuh ke dalam sungai, Cik Aminah begitu marah kerana suaminya Cik Baba kerana menipu katanya Cik Baba mahu ke kedai malahan dia boleh pula bemandi-manda di situ malaham bukannya dia mandi tetapi terjatuh ke dalam sungai secara tak sengaja. Budak dah rasa dirinya marah tahap yang paling teruk dia cuba pula cari stesan kereta api namun tiada di tempatnya itu yang sangkaannya akan berjumpa kereta api yang ke Kuala Lumpur, dia pulang dengan perasaan hampa dan melihat ada seorang pemuda mendapat bini cantik tapi bukan tersorok bawah dapur tetapi bawak masuk "BILIK", budak itu berasa hairan dan mencarut sebentar pasal situasi tadi.

Budak: AIR PASANG PAGI KONON PENIPU PUNYA LAGU!!

p/s Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

sumber-fb

20 cara utk jadikan roomate(teman sebilik) anda gila

Posted by Nurul Atiqah at 6:27 AM 0 comments

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat. kalau boleh buat orng bace yassin sekali kalo die ingat kau betol2 mati cepat2 bangun tentu dia akn pengsan lebish dar 2 jam....

cuba try..hahahahaa

Tuesday, March 15, 2011

Kelebihan Budu:)

Posted by Nurul Atiqah at 5:38 AM 5 comments

                                                           sumber-google
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

sumber-google

Shisha 450 Kali Lebih Bahaya Dari Rokok!

Posted by Nurul Atiqah at 5:31 AM 0 comments

“Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”
Kenapa shisha bahaya?
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Penyakit Bakal peminat shisha dapat
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.
Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.
Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!

sumber-sumber

Monday, March 14, 2011

Tidak macho kalau guna duit perempuan...

Posted by Nurul Atiqah at 6:54 PM 3 comments
Memang lumrah untuk setiap pasangan keluar dating. Samada menonton wayang, keluar makan, shopping ataupun sekadar berjalan-jalan di tasik ataupun di mana sahaja. Kalau sudah keluar dating itu, memang tidak sah kalau duit di dalam poket tidak dikeluarkan. Tetapi, selalunya hanya lelaki sahaja yang bawa keluar duit mereka. Kononnya, tidak macho kalau guna duit wanita. Betul ke?
Owh...saya amat menolak pandangan seperti ini. [-( Ini kerana dalam berpasangan, memang perlu ada sikap berkongsi dan tiada langsung sikap macho ataupun tidak. Ini termasuklah dari segi berkongsi pendapat, berkongsi perasaan, masalah dan sebagainya. Tetapi perkongsian kali ini dalam konteks, duit. Kenapa anda perlu berkongsi menggunakan duit teman wanita anda? Ok, mari saya berikan anda satu situasi.

Setiap kali keluar dating, asyik lelaki ini sahaja yang mengeluarkan duit untuk teman wanitanya. Pergi makan, duit si lelaki ini. Menonton wayang, duit lelaki ini lagi. Duit minyak kereta atau tambang bas, duit lelaki ini lagi. Semuanya lelaki ini sahaja yang bawa keluar duit. Kalau menara KLCC tu dia yang punya, tidak mengapalah. Tetapi kalau gerai pisang goreng pun dia tidak mampu nak singgah, memang payahlah. #-o
Ditambah lagi kalau dalam sebulan pasangan ini keluar dating setiap hujung minggu, agak-agak anda la, lelaki ini boleh tahan tak dengan perangai teman wanita dia? Lagi-lagi teman wanita dia yang ajak keluar dating. Kalau tidak keluar dating, teman wanita ini merajuk. Bila dah merajuk, berkemungkinan akan berlaku pertengkaran. Itu ini, semua tidak kena. Bila dah berlaku pertengkaran, mula la isu ungkit mengungkit berlaku. Kemudian? Anda sendiri fikir-fikirkan. /:)
Tetapi di sebaliknya, sekiranya anda berkongsi duit dengan teman wanita anda, sudah mesti anda berasa senang untuk keluar dating. Kerana separuh dari perbelanjaan sudah ditanggung oleh teman wanita anda. Kalau tidak separuh pun, sebahagian. Sebagai contoh sekiranya anda keluar dating, duit makan, anda yang belanja. Untuk duit tiket wayang pula, teman wanita anda yang belanja. Dengan ini, kedua-duanya berasa senang dan gembira.
Kalau tidak pun, anda buat la selang seli. Minggu ini keluar makan, anda yang belanja. Minggu depan keluar makan, si dia pula yang belanja. Tetapi jangan la anda "tikam" pasangan anda. Jangan la bila turn dia yang belanja, anda ajak dia pergi makan dekat tempat-tempat yang mahal. Tempat-tempat yang ekslusif. Memang berpeluh la kawan tu nak membayarnya. Kasihani la dia. Anda sayang dia kan? Bukan duit die kan? ;))
Jadi, adakah lelaki tidak macho sekiranya lelaki menggunakan duit wanita? Anda tanyalah diri anda sendiri. Kepada yang lelaki, anda ingin menunjuk macho atau diri anda sendiri yang akan sengsara. Semuanya terpulang kepada anda.
Yang penting, anda jujur pada diri dan pasangan anda. Jika tidak mampu, katakan tidak. Jangan biarkan ia melarat.

Pantang wanita kalau lelaki sebegini!!

Posted by Nurul Atiqah at 6:51 PM 0 comments
Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.
Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.
Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,'angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’.
Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’
Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.
Cakap besar
Sikap lelaki yang suka ̢۪syok sendiri̢۪ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.
Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.
Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.
Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.
Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.
Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.
Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.
Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!
Sumber: Tips 4 Guyz Only [Manchurr Inc]

Kenape perempuan mudah menangis??

Posted by Nurul Atiqah at 6:44 PM 0 comments
Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."
  sumber-tentang cinta

Fakta tentang coklat

Posted by Nurul Atiqah at 11:45 AM 1 comments
Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.
Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.
Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.
Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasiahat pakar pemakanan. 


Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah. 

Hati Seorang Ayah

Posted by Nurul Atiqah at 9:59 AM 0 comments

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya dikala melihat ayahnya mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab: "Sebab ayah seorang lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian: "Saya tidak mengerti." disulami dengan kerutan di kening kerana jawapan ayahnya membuatnya dirinya kebingungan.
Ayah hanya tersenyum. Dibelainya rambut anaknya itu lalu menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan: "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik si ayah, menambahkan kebingungan di hati si anak.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"
Lantas Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga memang akan kelihatan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok?
Sehinggalah pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.
Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh.
Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Antara Lawat, Lewat Dan Liwat

Posted by Nurul Atiqah at 9:54 AM 0 comments
   Bahasa Melayu menang mudah dipelajari dan senang di fahami, perkataan melayu juga mudah berubah maksudnya dengan hanya merubah satu huruf sahaja. Dan aku percaya mulai minggu ni perkataan paling popular di negara ini adalah ‘Liwat’. Buktinya lihat sahaja di dada-dada akhbar tempatan, bukan main lagi semua cerita isu yang sama. Sambil minum pagi tadi aku cuba mainkan huruf perkataan liwat tu dengan menukar huruf vokal a,e,i,o,u maka terbitlah perkataan lain iaitu lawat dan lewat, manakala setakat ni kamus DBP belum lagi terima orang guna perkataan lowat dan luwat.

    Lawat dan Lewat merupakan dua perkara yang memang serasi dengan kehidupan seharian orang Malaysia, dan memang pun penggunaan bahasa adalah berkait rapat dengan akvititi sosial komuniti tersebut.
Perkataan lawat membawa maksud berkunjung ke sesuatu tempat, ataupun datang melihat, menziarahi, mendatangi, mengunjungi. Memang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia suka lawat-melawati sama ada saudara mara, tempat pelancongan dan sebagainya, dan dalam maksud dunia internet juga bermaksud mendatangi laman-laman web.

    Perkataan lewat pula bermaksud sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat. juga lebih daripada yg sepatutnya;seperti lewat usia, lewat senja, juga boleh diertikan melebihi sesuatu had atau melampau seperti  Kelakuan gadis itu sudah melewati batas. Ni pun dah selalu sangat dikaitakn dengan bangsa Melayu, sampai ada perumpaan seperti “Janji Melayu”.

  Dan liwat pula hubungan jenis melalui dubur, meliwat melakukan liwat terhadap seseorang. Tidak semestiinya di antara lelaki sama lelaki, lelaki dengan perempuan pun boleh liwat juga, tapi tak tahu la pulak kalau ada kes perempuan sama perempuan ada jugak aktiviti liwat ni.
Dan ketiga-tiga perkataan tersebut juga boleh digabungkan untuk dijadikan satu ayat, contohnya : Pak Cik Kordi telah lewat untuk pergi melawat rakannya yang telah diliwat.

Wanita Menangis 64 kali Setahun?

Posted by Nurul Atiqah at 9:51 AM 0 comments
Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak  0.18 kali sehari.
wanita menangis Wanita Menangis 64 kali Setahun?Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.
Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:
Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.
Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.
Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.
Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.
Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya…

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?

Posted by Nurul Atiqah at 9:47 AM 0 comments

Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.
Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.
Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.
Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.
Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?
Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.
Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.
Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.
Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.
Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.
Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.
Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa.
- Artikel iluvislam.com

Keinsafan Menziarahi Jenazah

Posted by Nurul Atiqah at 9:41 AM 0 comments
Saya ingin berkongsi secebis pengalaman saya bersama anda semua. Sebelum Jun tahun 2001, kadang-kala saya tertinggal solat Subuh kerana tertidur dan buat solat pun sekadar untuk melepaskan kewajipan sahaja; tanpa adanya roh solat itu.
Saya tidak merasa seronok melakukan solat kerana diwajibkan dan terpaksa. Kalau solat itu tidak diwajibkan saya tidak akan lakukan. Saya tidak merasa indah dan manisnya beribadah kepada Allah.
Detik perubahan berlaku dalam hidup saya selepas Jun tahun 2001. Ceritanya begini, adik ipar saya telah meninggal dunia secara mengejut. Jenazahnya ditempatkan di bilik mayat di sebuah hospital untuk proses post mortem.
Sebelum proses itu bermula, saya pergi melihat jenazahnya di dalam peti yang kecil seorang diri.
Sekujur tubuh yang kaku terbujur sepi Saya merenung dan muhasabah diri Inilah kesudahan kita ke tempat yang sangat sempit.
Saya kembali ke rumah dan di sinilah bermulanya detik keinsafan. Allah menyayangi hambaNya dengan memberikan taufik dan hidayah kepada saya untuk berubah memperbaiki diri sendiri. Malam pertama saya balik ke rumah, Allah memudahkan saya untuk bangun pada pukul 2.00 pagi bagi mengerjakan solat taubat.
Saya menangis bersungguh-sungguh memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang saya telah lakukan. Sejak itu saya mengqada solat setakat yang termampu dan mengerjakan solat sunat rawatib. Saya juga dengan izin dan rahmat Allah mampu untuk bangun malam melakukan solat taubat,tahajud dan hajat serta membaca Quran.
Sebelum keinsafan ini datang, saya tidak pandai membaca al-Quran, tetapi selepas itu saya bertekad untuk belajar. Allah memberikan hidayah dan petunjuk serta mempermudahkan saya untuk mempelajari al-Quran.
Saya dengan mudah dapat membaca ayat-ayat al-Quran, yang sebelum ini saya tidak tahu membacanya.
Sejak itu jugalah saya tidak pernah tinggal solat wajib, sunat rawatib, bangun malam untuk bertahajud dan bermunajat kepada Allah. Dalam solat saya menangis. Air mata itu mengalir dengan sendirinya tanpa dipinta.
Baru kini saya merasa manisnya iman. Pola kehidupan saya turut berubah, saya sudah tidak berminat menonton program televisyen yang lagha atau yang tidak memberi ilmu atau manfaat. Saya suka membaca buku-buku agama. Sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri saya berjaya mengawalnya.
Kesimpulannya hati yang keras boleh dilembutkan dengan cara kita selalu menziarahi orang mati, kita akan sentiasa ingat mati. Semoga dengan cara ni Allah akan memberi taufik dan hidayahNya kepada kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Jadi marilah kita berusaha untuk memohon taufik dan hidayah Allah semoga kita beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

sumber-iluvislam

Anda Gelisah?

Posted by Nurul Atiqah at 9:39 AM 0 comments
Hidup ini tidak pernah sunyi daripada ujian Tuhan. Andai pegangan Islam tak kuat, mungkin ada yang mengambil keputusan terburu-buru untuk bunuh diri. Alhamdullilah Allah temukan saya dengan ayat Al-Quran yang saya nak sangat nak kongsikan ini.
(18) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).
(19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.
(20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.
Allah yang cipta kita, maka semestinya dia tahu kelemahan kita. Dan ditulis juga dalam surah Al-Maarij ini, ciri-ciri manusia yang tidak merasa resah dan gelisah.
Nak cakap kat sini, mengikut tafsiran saya, (maaf kalau salah dan mohon betulkan), segala resah gelisah yang ada ini semua kerana kita juga. Kerana tidak melaksanakan apa yang Allah perintah.
(21) KECUALI orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
(22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(23) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum.
(24) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
(25) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).
(26) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya.
(27) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya.
(28) Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
(29) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(30) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(31) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
(32) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi).
(33) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
(34) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Penggunaan kata "kecuali" itu membawa makna yang sungguh berat dalam diri saya. Ibaratnya Allah hendak memberi tahu kita, manusia ini memang suka mengeluh, berkeluh kesah, rasa gelisah KECUALI kalau kita amalkan apa yang disuruh. Maka, adakah selama ini kita berkeluh kesah dan mengeluh kerana amalan kita tidak cukup untuk menguatkan keimanan kita untuk menerima setiap takdir dan dugaan Allah?
Maka jika kita :
1. Menjaga solat
2. Mendermakan harta
3. Percayakan hari kiamat
4. Takut akan balasan Tuhan
5. Menjaga kehormatan
6. Menjaga amanah dan janji
7. Memberi keterangan lagi adil
InsyaAllah hati tidak akan resah gelisah.
Saya yang menulis ni, bukan lah sudah memenuhi apa yang saya kongsi ini. Cuma rasa menarik untuk dikongsi.
Hanya berharap dapat buat terbaik untuk Allah. :)
- Artikel iluvislam.com

Malaysia bebas pencemaran radiokatif dari Jepun

Posted by Nurul Atiqah at 9:22 AM 0 comments
Alhamdulillah..Malaysia bebas dari pencemaran radioaktif....


KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita.
Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, berkata agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh.

Katanya, faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.
Beliau yang mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan akan turut merebak ke negara ini berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan penyebaran SMS khabar angin daripada pihak tertentu yang meminta penduduk negara ini berkurung dalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, menggugurkan rambut dan menyebabkan kanser.

sumber-metro

Romance - Ku Ingin Kamu

Posted by Nurul Atiqah at 9:18 AM 0 comments
Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Chorus:
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Back to chorus
Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Back to Chorus
Chorus 2: Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Back to Chorus2 [3x]
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas

Peringatan Untuk Semua

Posted by Nurul Atiqah at 9:14 AM 0 comments
sumber-google

Setiap Wanita Cantik

Posted by Nurul Atiqah at 9:08 AM 0 comments
Seorang anak laki-laki bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?""Karena aku seorang wanita," dia berkata kepada anaknya."Aku tidak mengerti," jawab anak laki-laki tersebut. Sang ibu memeluk anaknya dan berkata "Dan kau tidak akan pernah mengerti"Kemudian anak laki-laki tersebut bertanya kepada ayahnya "Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?""Semua wanita menangis tanpa ada alasan," hanya itu yang bisa dikatakan ayahnya.Anak laki-laki itu tumbuh dan menjadi seorang laki-laki dewasa, dan tetap merasa heran mengapa wanita menangis.Akhirnya dia menelepon Tuhan, dan ketika sudah terhubung, dia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"Tuhan berkata "Aku menciptakan wanita istimewa. Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia, tapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.""Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan penolakan yang kerap muncul dari anak-anaknya""Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah, dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.""Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.""Aku memberinya kekuatan untuk bisa memaklumi kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya""Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti istrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan kapanpun diperlukan.""Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan fisiknya, atau cara dia menyisir rambutnya.""Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, karena mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam."Setiap Wanita Cantik

Kesan Radioaktif Kepada Manusia

Posted by Nurul Atiqah at 9:03 AM 0 comments
LOGO bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair memberi amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya.

Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan.

Uranium Information Centre Limited (UIC), organisasi yang membekalkan panduan mengenai bahan radioaktif dalam rencananya menyebut, bahan radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Contohnya kalium (K), dari K40 ke K39 (kedua-duanya adalah isotop). Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa. Contohnya, K39 adalah mineral yang diperlukan badan sedangkan K40 pula adalah bahan radioaktif.

Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:

1. Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.

2. Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.

3. Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.

4. Radiasi neutron - Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.

Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.

Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya.

Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat.

Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.

Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.

Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.

Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka.

Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan.

Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC).

Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan.

Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar.

Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

Panduan disediakan Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan Pegawai Keselamatan Radiasi.

Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku.

Selain itu, pengendali bahan radioaktif perlu melengkapkan diri dengan peralatan tertentu seperti penghadang, sarung tangan dan peralatan amaran bagi mengelakkan kemungkinan radiasi.

Begitu juga dengan sisa radioaktif perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum meninggalkan makmal bahan radioaktif. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah. 



sumber-halaqah
 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise