Sila Tgalkan LINK anda Disini

Monday, March 14, 2011

Anda Gelisah?

Posted by Nurul Atiqah at 9:39 AM
Hidup ini tidak pernah sunyi daripada ujian Tuhan. Andai pegangan Islam tak kuat, mungkin ada yang mengambil keputusan terburu-buru untuk bunuh diri. Alhamdullilah Allah temukan saya dengan ayat Al-Quran yang saya nak sangat nak kongsikan ini.
(18) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).
(19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.
(20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.
Allah yang cipta kita, maka semestinya dia tahu kelemahan kita. Dan ditulis juga dalam surah Al-Maarij ini, ciri-ciri manusia yang tidak merasa resah dan gelisah.
Nak cakap kat sini, mengikut tafsiran saya, (maaf kalau salah dan mohon betulkan), segala resah gelisah yang ada ini semua kerana kita juga. Kerana tidak melaksanakan apa yang Allah perintah.
(21) KECUALI orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
(22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(23) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum.
(24) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
(25) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).
(26) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya.
(27) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya.
(28) Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
(29) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(30) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(31) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
(32) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi).
(33) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
(34) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Penggunaan kata "kecuali" itu membawa makna yang sungguh berat dalam diri saya. Ibaratnya Allah hendak memberi tahu kita, manusia ini memang suka mengeluh, berkeluh kesah, rasa gelisah KECUALI kalau kita amalkan apa yang disuruh. Maka, adakah selama ini kita berkeluh kesah dan mengeluh kerana amalan kita tidak cukup untuk menguatkan keimanan kita untuk menerima setiap takdir dan dugaan Allah?
Maka jika kita :
1. Menjaga solat
2. Mendermakan harta
3. Percayakan hari kiamat
4. Takut akan balasan Tuhan
5. Menjaga kehormatan
6. Menjaga amanah dan janji
7. Memberi keterangan lagi adil
InsyaAllah hati tidak akan resah gelisah.
Saya yang menulis ni, bukan lah sudah memenuhi apa yang saya kongsi ini. Cuma rasa menarik untuk dikongsi.
Hanya berharap dapat buat terbaik untuk Allah. :)
- Artikel iluvislam.com

0 comments:

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise