Sila Tgalkan LINK anda Disini

Thursday, October 20, 2011

Tengok ne dan komen!!!!

Posted by Nurul Atiqah at 9:03 PM 0 comments

Wednesday, October 12, 2011

Cerita Benar-Kisah Isteri Yang Menyesal Sepanjang Hayat

Posted by Nurul Atiqah at 11:38 PM 0 comments

“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal

sumber-tidak tahu...
di import dari blog-sumber

Cerita Benar-Kisah Isteri Yang Menyesal Sepanjang Hayat

Posted by Nurul Atiqah at 8:33 PM 1 comments

Friday, October 7, 2011

Pokok Beracun!!

Posted by Nurul Atiqah at 1:03 AM 0 comments

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

sumber dipetik dari: www.liyanaa.com

Katak makan ular

Posted by Nurul Atiqah at 12:46 AM 0 comments

Seekor katak sedang memakan seekor ular berlaku di China. Fenomena alam luar biasa yang dapat ditangkap oleh kamera. Kerana, yang umum terjadi adalah ular memakan katak dan bukan sebaliknya.Foto katak gunung yang sedang memakan ular berbisa Jerdon, berjaya diabadikan oleh seorang pelancong yang berkunjung ke Qingcheng Mountain Park di Sichuan, China tengah.Ran Longzhong, yang berasal dari Chongqing, mendedahkan kepada IC Media bahawa ia seolah olah tidak dapat mempercayai apa yang di lihatnya dan ia gembira dapat mengabadikan fenomena alam tersebut dalam bentuk foto.“Ketika itu saya sedang berjalan-jalan di gunung, tiba-tiba saya terlihat seekor katak sedang memakan ular dan ular itu ternyata masih hidup dan meronta-ronta,” tukasnya.“Dalam masa lima minit sahaja, katak itu dapat memakan habis ular tersebut. Sukar untuk dipercayai seekor ular pemangsa dapat dikalahkan oleh mangsanya.”Kehairanan yang sama pun dilontarkan oleh pakar haiwan. Mereka mengakui bahawa fenomena alam katak memakan ular itu tak pernah terdengar sebelumnya

Kolam Renang Paling Padat Di Dunia~

Posted by Nurul Atiqah at 12:31 AM 0 comments

DAYING, China – Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.

Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.
Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.
Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.
Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati.

Gadis hati mulia, pegang payung untuk pengemis OKU dalam hujan lebat

Posted by Nurul Atiqah at 12:27 AM 2 comments

Seorang gadis China sanggup membasahkan dirinya di tengah-tengah hujan lebat, hanya untuk memayungkan seorang peminta sedekah tua lagi kurang upaya, yang sedang mengensot di tengah jalan.

Pengemis itu terperangkap dalam hujan lebat yang datang secara tiba-tiba. Melihatkan keadaan orang tua OKU itu, gadis tersebut cepat-cepat ke arah orang tua tadi dan bantu memayungkannya hingga dia sampai ke tempat untuk berteduh.

Betapa mulia hati gadis tersebut, satu contoh yang boleh dijadikan pengajaran dan tauladan. Adegan menyentuh hati ini berlaku di Suzhou, China.

canggih x???:D

Posted by Nurul Atiqah at 12:24 AM 1 comments

50 batang jarum di dalam tubuh kanak-kanak berumur 2 tahun

Posted by Nurul Atiqah at 12:20 AM 0 comments
Kanak-kanak lelaki Brazil mempunyai sebanyak 50 jarum logam di dalam tubuhnya dan doktor yang merawatnya mengatakan pada hari Selasa lalu jarum-jarum itu terlekat di dalamnya satu per satu.

Dr Luiz Cesar Soltoski berkata, pakar-pakar bedah berharap untuk membuang sebahagian besar jarum - yang panjangnya lebih kurang 2in (5cm) - tetapi kerana ada yang di dalam paru-parunya, mereka harus menunggu hingga pernafasan anak itu semakin baik. Beberapa darinya tidak boleh dibuang, kerana ianya terlalu dekat atau di dalam organ-organ vital, katanya.

Ibu anak itu, yang bekerja sebagai orang gaji, membawanya ke hospital di utara-timur bandar kecil Ibotirama minggu lalu, mengatakan bahawa ia mengeluh sakit. Tiga hari kemudian, selepas x-ray telah menunjukkan ada beberapa batang jarum, doktor telah memindahkan dia ke hospital yang lebih besar di Barreiras.

Sang ibu berkata kepada polis dia tidak tahu bagaimana jarum masuk ke situ, tetapi mereka akan menyiasatnya. Nama anak itu dirahsiakan kerana faktor usianya.

Soltoski mengatakan ia percaya jarum masuk ke dalam tubuhnya satu demi satu kerana tidak mungkin baginya untuk menelan mereka. "Kami fikir ia hanya boleh masuk dengan penembusan kerana kami menjumpai jarum di dalam paru-paru, kaki kiri dan di pelbagai bahagian toraks. Itu tidak mungkin terjadi melalui penelanan," katanya.

Doktor tidak menemui tanda-tanda luka di luar, tetapi gambar x-ray yang dibawa oleh laman-laman web Brazil menunjukkan beberapa batang jarum dalam tubuhnya.

Anak itu ditempatkan di dalam ruangan penjagaan intensif, tetapi Soltoski mengatakan keadaannya semakin baik.

Lelaki Dengan Lidah Yang Besar

Posted by Nurul Atiqah at 12:16 AM 0 comments
Wang Youping, 34, dari Baoji, China sudah selama 21 tahun tidak mampu untuk menutup mulutnya kerana lidahnya memiliki panjang tidak kurang dari 25 cm.

Ketika lahir, bibirnya sudah bengkak dan gelap. Pada usianya 6 tahun, lidahnya mula membengkak dan wajahnya pula ketika dia berusia 13 tahun, dia tidak boleh menutup mulut.

Walaupun cacat, Wang membesar menjadi seorang penulis berjaya. Dia telah menerbitkan 400 cerita dan puisi di akhbar dan majalah.

Selama bertahun-tahun Wang telah mengunjungi banyak hospital, tapi hampir di mana-mana diberitahu bahawa keadaannya terlalu kompleks untuk diubati. Pembedahan di Beijing hampir membahayakan nyawanya.

Minggu ini, Wang mendapat khabar bahawa Profesor Lei Delin akan berusaha untuk melakukannya. "Pembedahan ini merupakan cabaran besar. Satu kesalahan kecil boleh menyebabkan pendarahan besar yang mengancam kehidupan Wang," kata profesor.

Peringatan Untuk Semua:)

Posted by Nurul Atiqah at 12:13 AM 0 comments
DAIL NO 112 SEMASA KECEMASAN !!

A) TELEFON BIMBIT ATAU HANDPHONE ATAU CELLULAR ATAU ENSET ATAU PELBAGAI LAGI NAMANYA BOLEH DIGUNAKAN DI SAAT KECEMASAN !
DENGAN MENDAIL NO 112

NO KECEMASAN 112 MASIH BOLEH DIHUBUNGI WALAUPUN:

1) KREDIT TELAH PUN HABIS
2) SIMKAD TIDAK BERFUNGSI ATAU TELAH DI KELUARKAN !
3) PHONE TELAH DI LOCK. ( keypad Lock )
4) ATAU DI TEMPAT YANG TIADA LIPUTAN.
5) YANG BESTNYER NO 112 NI PERCUMA.

PANGGILAN ANDA AKAN DI JAWAB OLEH OPERATOR YANG CUMA MELAYAN PANGGILAN YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN BANTUAN SAHAJA DAN SEKIRANYA ANDA SENGAJA MAHU BERMAIN-MAIN DENGAN NO 112 INI WALAUPUN TIADA KECEMASAN, AWAS !! NOMBOR ANDA AKAN DI KESAN SECARA OTOMATIK BILA ANDA MENDAIL NO 112 INI.

Cuma yang penting bateri perlu ada, Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci *3370# Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

Mesti ada yang bertanya macam mana pula kalau bateri habis tapi tiada fungsi kuasa tambahan, anda masih boleh pinjam telefon kawan2 atau orang ramai yang berada di sekitar atau anda bersendirian jangan panik, there is must be something !!

Sebab itu perancangan awal perlu ada untuk elakkan sesuatu yang tidak di ingini berlaku seperti otai-otai selalu berkata sediakan payung sebelum hujan ! he he he

(B) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri, Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda.

Sila dail *#06# (apa saja jenis telefon bimbit) dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit, Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat, Bila telefon bimbit anda dicuri anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi walaupun ia di curi namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Copy dr: http://mrzamextreme.com/ 

Thursday, October 6, 2011

Lady Gaga Seorang Yang Pelik!!

Posted by Nurul Atiqah at 11:49 PM 0 comments

sumber:Daily Mail

Wednesday, October 5, 2011

DI MANA LETAKNYA KEHENSEMAN SEORANG LELAKI

Posted by Nurul Atiqah at 2:54 AM 2 comments

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

p/s sebarkan untuk pengetahuan umat Islam:D

Lelaki Yang Pertama Menjalani Transplantasi Penuh Muka Di Dunia

Posted by Nurul Atiqah at 2:43 AM 0 comments
 
Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise