Sila Tgalkan LINK anda Disini

Tuesday, February 22, 2011

Lelaki yang berkahwin dengan Karakter dalam permainan video

Posted by Nurul Atiqah at 5:58 PM
Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai nama samaran onlinenya, SAL9000, menemui karektor Nene Anegasaki ketika bermain permainan simulasi �Love Plus�.

Mereka berkahwin beberapa minggu lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube.

SAL9000 yang enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang disalahfaham, mengaku menjadi �otaku,� gelaran untuk golongan muda Jepun yang ketagih permainan video, komputer dan alam fantasi.

�Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai �isteri saya.�

�Memandangkan saya memanggilnya isteri saya, saya berpendapat, lebih baik saja kami berkahwin,� kata SAL9000 ketika diwawancara televisyen Reuters.

1 comments:

Nazrul Ashraff on February 23, 2011 at 10:15 AM said...

sangat gi-la..

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise