Sila Tgalkan LINK anda Disini

Tuesday, February 22, 2011

97% wanita tidak suka tubuh sendiri

Posted by Nurul Atiqah at 4:59 PM
Sebelum ini dailymail.co.uk pernah melaporkan penemuan hasil kajian mengenai purata seorang wanita menghabiskan masa di hadapan cermin selama lima hari atau 120 jam dalam setahun. Kajian terkini glamour.com pula melaporkan 97 peratus kaum wanita yang disoal dalam kajiselidik, mengkritik tubuh mereka sendiri.
Sembilan puluh tujuh peratus daripada 300 wanita dari pelbagai peringkat umur dan bentuk badan yang ditanya mengakui mengharungi perasaan ‘aku tidak suka tubuh aku‘ sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Di antara penyebab utama monolog dalaman di kalangan wanita berkenaan ialah perasaan tidak puas hati mereka dengan sesetengah bahagian pada tubuh mereka seperti perut, lengan, paha, punggung, pinggang, rambut dan sebagainya.
Hasil ketidakpuasaan hati itu, wanita mula menyimpan cita-cita untuk membaiki bahagian tubuh yang mereka tidak gemari.
Kajian itu bagaimanapun menjelaskan tidak semua wanita terlalu mementingkan kesempurnaan tubuh mereka.  Kajian itu mencadangkan penyelesaian yang boleh dipraktikkan kepada wanita bagi mengurangkan perasaan tidak puas hati terhadap tubuh mereka sendiri, iaitu:
  1. Bersenam – Dengan melakukan aktiviti senaman secara rutin akan mengurangkan perasaan negatif terhadap tubuh mereka sendiri, dan
  2. Terima seadanya – belajar menerima kekurangan fizikal dan jadikan kekurangan itu sebagai satu keistimewaan.
Selaras dengan perkembangan semasa, kini bukan sahaja kaum wanita, lelaki juga mementingkan penampilan diri dan kesempurnaan tubuh mereka. Semua insan secara asasnya sukakan kecantikan dan kelihatan cantik. – inimajalah.com

1 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine on February 22, 2011 at 6:34 PM said...

perempuan memang xpernah puas kn.. hehe.. dah kurus, tp nk kurus lg.. dah putih melepak, tetap nk putih lg.. :)

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise