Sila Tgalkan LINK anda Disini

Thursday, May 5, 2011

Tip-tip nak jaga laptop

Posted by Nurul Atiqah at 8:46 AM
  • Hindarkan dari menggunakan bateri dan pengecaj (charger) yang tidak sesuai dengan komputer riba yang digunakan. Hubungi khidmat pelanggan(customer service) dari pembekal sekiranya bateri dan pengecaj tidak boleh mengecaj komputer riba yang digunakan.
  •  Elakkan menggunakan komputer riba di atas paha atau di atas karpet kerana permukaan yang lembut akan menyebabkan udara tidak dapat berjalan dengan sempurna di bawah komputer riba dan menjadikan ia overheating.
  •  Jangan meletakkan beban berat di atas komputer riba. Ia akan mengakibatkan litar (circuit) di dalam bateri menjadi mudah rosak.
  •  Jauhkan kedudukan bateri dengan sebarang benda yang diperbuat dari logam.
  • Tidak meletakkan komputer riba di tempat yang terkena pancaran matahari atau dibiarkan lama di dalam kenderaan.
  •  Tidak menumpahkan air di atas komputer riba. Walaupun mengering dan berfungsi secara normal kembali, namun litar di dalam komputer riba ataupun bateri secara perlahan-perlahan akan berkarat. 
  • Menjaga komputer riba dan bateri mengikut panduan.
  •  Gunakan salah satu bekalan kuasa dalam sesuatu masa, sama ada bateri yang dicaj penuh atau pemasangan komputer riba terus ke plug.

0 comments:

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise