Sila Tgalkan LINK anda Disini

Thursday, March 10, 2011

Cinta!!

Posted by Nurul Atiqah at 1:25 AM
" Tak usahlah sebut pasal CINTA jika anda tidak sebenar-benarye mengambil kisah..
" Tak usahlah bercakap tentang PERASAAN, jika ia tidak berada di HATI anda..
" Tak usahlah menunjuk ke DADA, jika anda berhasrat melukakan HATI pasangan anda..

" Tak usahlah sebut CINTA ABADI jika ada hati anda untuk berpisah..
" Tak usahlah memandang anak matanya jika anda berbohong kepadanya..
" Tak usahlah sebut HELLO jika kelak anda akan mengucapkan SELAMAT TINGGAL..
" Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain disisi anda..
" Tak usahlah kunci HATINYA jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak...

" CINTA telah di bekalkan kepada setiap insan..Dengan cintalah kehidupan dapat di jalani dengan penuh kenikmatan..
Tanpa CINTA semuanya menjadi hambar, ibarat kopi tanpa gula dan susu..Tapi tak usahlah sebut pasal CINTA ABADI jika ada di hati anda untuk berpisah.. Perkataan cinta memang mudah dan indah disebut.. tapi tak usahlah mempermainkan perkataan ini jika tersembunyi niat-niat yang tidak baikdi hati anda terhadap pasangan anda itu.. Anda tidak layak melahirkan perkataan ini jika ia bertentangan sama sekali dengan apa yang tersembunyi di hati...
" Memang sesuatu yang kita pandang dari jauh kelihatannya lebih memikat sehinggalah kita dekati.. Seperti kita selalu menyangka pantai selalunya nyaman udaranya dan halus pasirnya.. Tetapi setelah di dekati , tidak sepanjang masa bayu laut menghembus, tidak semua pantai pasirnya halus dan bersih..
" Demikian juga perkahwinan.. Dahulu sebelum berkahwin angan-angan membuahkan perasaan yang muluk-muluk dan sangkaan yang indah-indah..Tapi setelah berkahwin pelbagai perkara kian nyata.. Biar apa pun keadannya  bukankah setiap insan itu ada kebaikan dan keburukkanya, ada kelebihan dan kelemahannya.. Jika ada sesuatu yang buruk pada dirinya, apakah diri anda sempurna semuanya??? Jika anda pun demikian dan dia boleh menerima anda dengan keburukkan yang ada pada diri anda, mengapa tidak anda?????? " Apa yang sebenarnya kita mahukan daripada sebuah perkahwinan??? Perkahwinan adalah kemuncak kepada kebahagiaan.. Ia bagaikan stesen menyedia sebanyak-banyak bekalan sebelum beralih ke alam kehidupan yang lain yang lebih abadi.. Malang sungguh jika anda menjadikan perkahwinan sebagai stesen penghimpun dosa, sebagai stesen menyiksa kehidupan anda sendiri yang sepatutnya anda kecapi dengan penuh kenikmatan, kebahagiaan, bersama seluruh ahli keluarga anda.. Kasihanilah diri anda sendiri kerana fitrahnya ia memang sentiasa mahu bahagia .. Suami atau isteri adalah penyeri kehidupan .. Titipkanlah rasa cinta kerana hanya kitalah mahluk yang di jadikan ALLAH mampu melafazkan perkataan ini untuk dinikmati oleh pasangan-pasangan kita.. Buktikan kita insan bahagia, agar kebahagiaan bermula disini dan berkekalan disana.. AMIN..

0 comments:

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise