Sila Tgalkan LINK anda Disini

Sunday, February 27, 2011

Marahkan Isteri rumah dibakar oleh suami

Posted by Nurul Atiqah at 5:21 PM
KUALA TERENGGANU: Akibat perselisihan faham dan perbalahan dengan isteri, seorang lelaki bertindak nekad membakar rumah mereka di Kampung Balik Bukit, Setiu, kira-kira jam 12.30 pagi semalam.

Berikutan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis kini memburu lelaki berusia 39 tahun itu yang membakar rumahnya hingga ranap.
Beliau berkata, isteri suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai mendakwa kebakaran itu dilakukan suaminya berikutan suspek ada mengugut untuk membakar rumah itu ketika mereka bertengkar sebelum kejadian.
“Selepas menyedari rumah mereka terbakar, isteri suspek berusaha memadamkan kebakaran dengan bantuan jiran. Bagaimanapun, apabila pasukan Bomba tiba di tempat kejadian, rumah itu sudah musnah.

“Susulan kejadian, isteri suspek yang juga ibu kepada empat anak berusia antara tiga dan sembilan tahun berasal dari Besut, membuat laporan di Balai Polis Permaisuri kira-kira jam 3.40 pagi,” katanya.

Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda.

Beliau berkata, mangsa dan empat anak mereka kini menumpang di rumah saudara mereka di Besut dan suspek menghilangkan diri.

sumber-berita harian

0 comments:

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise