Sila Tgalkan LINK anda Disini

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Pokok Beracun!!

Posted by Nurul Atiqah at 1:03 AM 0 comments

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

sumber dipetik dari: www.liyanaa.com

Wednesday, October 5, 2011

Lelaki Yang Pertama Menjalani Transplantasi Penuh Muka Di Dunia

Posted by Nurul Atiqah at 2:43 AM 0 comments

Tuesday, March 15, 2011

Shisha 450 Kali Lebih Bahaya Dari Rokok!

Posted by Nurul Atiqah at 5:31 AM 0 comments

“Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”
Kenapa shisha bahaya?
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Penyakit Bakal peminat shisha dapat
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.
Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.
Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!

sumber-sumber

Thursday, March 3, 2011

Jauhi lah Kanser(Tip-tip untuk mengelakkan Kanser)

Posted by Nurul Atiqah at 5:28 AM 0 comments
Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini. Dengan penemuan baru yang kanser buah dada, usus besar dan kilang telur berpunca daripada baka, tentu anda akan berfikir tiada apa yang boleh dilakukan, hanya berserah kepada takdir.
Kenyataan ini tidak benar. Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika mendapati hampir tujuh daripada setiap sepuluh jenis kanser tidak ditentukan oleh gene langsung, tetapi ditentukan melalui cara hidup kita. Tiga puluh peratus berpunca daripada merokok, 30 peratus berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10 peratus disebabkan tabiat buruk seperti tidak bersenam.
Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menyebabkan kanser, maka cara anda mengendalikan hidup juga boleh menjauhi penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.
Berhenti Merokok. Nasihat ini memang mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Merokok adalah penyebab terhadap 90 peratus daripada jenis kanser paru-paru dan juga punca kanser mulut, esofagus, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas.
Kurangkan Berat Badan. kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin, kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.
Menurut laporan Harvard 1996 Mengenai Pencegahan Kanser, wanita yang telah berumur 35 peratus melebihi berat yang normal, mempunyai 55 peratus risiko kanser rahim, buah dada, serviks, endometrium, kilang telur dan hempedu; lelaki yang mempunyai berat badan yang sama mempunyai 40 peratus risiko kanser usus besar dan prostat.
Lakukan Senaman. Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang malah ia juga dapat mencegah kanser? Melakukan senaman yang ringan dengan kerap kemungkinan kerana ia membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.
Senaman juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat, kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. Wanita yang terlibat dengan tugas yang memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang kurang mengalami masalah ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.
Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Kompoun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Malangnya kajian tidak dapat memastikan jenis makanan yang mengandungi bahan ini. Oleh sebab itu, dicadangkan supaya kita mengambil pelbagai sayuran banyak setiap hari.
Makanan ini dapat mencegah barah kemungkinan dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen.
Serat dalam makanan bijiran dan buah-buahan dan sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuang horman dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.
Pengambilan Teh.
Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota terdapat lebih 35,000 wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan sehari, 68 peratus kurang mendapat kanser saluran kencing dan 32 peratus kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.
Kurang Makan Daging. Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota kita lebih terdedah kepada karsinogen. Itulah sebabnya orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya menghadapi kanser usus besar dan prostat. Oleh itu, kurangkan makan daging.
Begitu juga dengan cara memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Daging itu lebih elok dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit untuk membuang airnya. Kemudian pangganglah seperti biasa.
Jangan Minum Alkohol. Orang yang minum alkohol terlalu banyak mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus (terutama apabila dia turut merokok), usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.


sumber-kesihatan
Posted by Nurul Atiqah at 5:23 AM 0 comments
1) Lokalisasi:
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Terdapat 32000 kes setahun di Amerika Syarikat, malangnya tahap kematiannya tinggi disebabkan penyakit lewat dikesan dan pembedahan yang susah dan rumit.

2) Faktor risiko kanser pankreas:
-
- Fakta makanan seperti gula dan kopi. Merokok dan penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kronic
  pankreatitis.
- Bilangan penyakit kanser lelaki tinggi dibandingkan dengan wanita (2:1). Purata umur ialah 65 tahun. Bangsa
  Africa Amerika menghidap penyakit ini lebih tinggi dari orang Asia.

3) Ketumbuhan:

Kanser pankreas sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula.

4) Simptom:
- Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana tekanan ke atas duktus yang mengalirkan jus
  hempedu. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal
  badan.
- Selain dari itu pesakit akan susut berat badan, rasa muak;
- rasa keletihan dan sakit menyucuk dalam perut.

5) Diagnosa:
- Pemeriksaan klinikal: pesakit akan menunjukkan sakit kuning, sirosis hati.
- Ultrasound abdominal, endoskopi ‘retrograde cholangiopankreatografi' dengan mengambil biopsy.
- Menggunakan petanda protin tumor seperti CEA dan CA 19-9.

6) Rawatan:
- surgeri: terpulang kepada lokasi kanser di atas pankreas, ukurannya dan tahap kanser tersebut. Kanser kepala
  pankreas boleh dibedah sekali gus dengan mengeluarkan sebahagian usus kecil, perut, hempedu dan limpa. Ini
  ialah suatu pembedahan yang besar dan rumit yang boleh dicuba jika kanser itu kecil dan belum lagi merebak.

- Kes-kes pada tumor yang besar atau telah merebak boleh menggunakan kaedah radiasi dan kemoterapi.

7) Rawatan susulan:

Mengkaji tahap petanda protin kanser

8) Pencegahan:
-
mengawasi kencing manis dengan elok.
- berhenti merokok
- membuat ujian darah untuk petanda protin kanser.

Petanda tumor adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun

Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.


sumber-kesihatan

Kanser Perut

Posted by Nurul Atiqah at 5:21 AM 0 comments
1) Lokalisasi, Pertumbuhan:
Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).

2) Epidemiologi:

Kanser yang terkenal sejak turun-temurun. Raja Napoleon ialah salah seorang yang terkenal menghidapi penyakit ini. Kanser ini dianggap sebagai kanser negara 'bertamadun' dan dikaitkan terus ke pemakanan. Jarang ditemui di negara yang mana pemakanannya berkalori rendah. Negara Jepun, Cina dan Asia tenggara. Terdapat 25 000 kes setahun di Amerika Syarikat di mana 14 000 kematian setahun. Walaubagaimanapun, angka ini sedang menurun ke 50% sejak kebelakangan ini jika dibanding dengan 40 tahun dahulu.

3) Faktor risiko:

Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur  50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3).

Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama 'Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.

4) Simptom:

- Sakit perut dan penghadaman tidak baik;
- Susut berat badan, keletihan dan kelemahan;
- Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.

5) Diagnosa:
- gastroskopi, ultrasound dan skan;
- endoskopi untuk membuat pemeriksaan terus ke perut dan mengambil cebisan biopsi;
- ujian petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.

6) Rawatan:

Oleh kerana ianya jarang ditemui pada peringkat awal, prognosisnya kurang baik.
- Pembedahan : Gastrektomi (keseluruhan perut atau sebahagian) bergantung kepada saiz, tempat, kemelaratan,
  tahap kanser dan keadaan kesihataan pesakit .
- radiasi : apabila tumor itu tidak boleh dibedah; untuk mengurangkan sakit dan kesumbatan usus, atau
  cara paliatif .
- Kemoterapi dan immunoterapi.

7) Rawatan susulan :

Selepas dirawat, mengkaji tahap petanda tumor.

8) Pencegahan:
- Kurangkan garam dalam sajian makanan;
- Menjaga terhadap luka dalam perut;
- Menghapuskan bakteria 'Helicobacter Pylori';
- Mengkaji petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.


Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun.

Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG. 


sumber-kesihatan

Kanser Paru-paru

Posted by Nurul Atiqah at 5:19 AM 0 comments

Kesihatan anda di tangan anda.


Di seluruh dunia, kanser paru-paru merupakan kanser paling umum dan boleh membawa maut.



Adakah anda tahu :
- kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku ?
- sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru ?
- merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser ?
- 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok ?
- hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu :
  adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ?
  Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting, iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society dan
  National Cancer Institute). Biomarkers ? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru dan merokok :
  perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.
Namun demikian,
-tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (<5 cigars/wk, bukan menarik nafas) meningkatkan kejadian
 kanser paru-paru.
-bukan sentiasa merokok (<1 pk/wk) tidak pernah menunjukkan ia adalah satu faktor risiko dalam kanser paru-
 paru.
- setengah pencemaran lebih bahaya daripada asap dari perokok.
Untuk membuat penjelasan, jalankan pemeriksaan yang teliti, seperti Ujian Biomarkers C12 dinasihatkan.
Lakukannya, nyawa anda di dalam taruhan.


1) Epidemiologi:
Kanser paru-paru adalah "pembunuh nombor satu": kanser yang bersebar luas di seluruh dunia. Ia masih meningkat. Namun demikian, tidak dapat dinafikan kemajuan telah dicapai tahun kebelakangan ini sejauh mana rawatan berkenaan. Kanser ini disebabkan oleh penggunaan tobako, ia bermula di negara barat sejak perang dunia kedua. Ia mewakili 20% dari kesemua kanser di Amerika Utara, dibanding 1 ke 2% di Afrika. Sila perhatikan bahawa penyakit ini berlaku agak umum di kalangan wanita, sebab tabiat merokok mereka. : Kanser paru-paru menjadi
masalah yang semakin besar pada wanita setiap tahun. Jika kecenderungan sekarang berlanjutan, dalam masa 10 ke 15 tahun, kes kanser paru-paru pada lelaki dan wanita akan muncul : kejadian ini akan menjadi sama, bila 3.5:1 (3 kali lebih bagi lelaki) pada tahun 1975, dan 1.5:1 pada tahun 1999.
Umur yang sesuai untuk diagnosa ialah 66 tahun.

Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan: bila membuat diagnosa pada peringkat lewat, , 50% daripada kes-kes menunjukkan metastasis.
Semakin ramai kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru dibanding dengan pergabungan kanser kolon, payudara dan prostat.
Dalam tahun 2004, anggaran kes-kes baru kanser paru-paru di Amerika Syarikat adalah 173,770 : 93,110 kes-kes antara lelaki dan 80,660 antara wanita, menurut kepada Persatuan Kanser Amerika.
menaksir 160,400 kematian, lebih kurang 30% daripada semua kematian yang disebabkan oleh kanser, akan berlaku dalam tahun 2004.


2) Faktor risiko:
- Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan
  menghisap cerut atau paip .
- Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas
  radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.
- Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
- Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.


3) Perkembangan kanser:

Kanser paru-paru dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “small cells lung cancer” (SCLC), dan “non-small cells lung cancers” (NSCLC) mewakili 25% dan 75% masing-masing. Sel-sel paru-paru menukar menjadi sel-sel kanser apabila berlaku ketidakseimbangan fakta-fakta perkembangan sel tersebut. Barah ini boleh melarat ke tulang, hati dan otak.

4) Simptom:
- Batuk berdarah;
- batuk yang berlarutan;
- jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;
- Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan;
- Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang.

5) Diagnosa:

- X-ray paru-paru penting tetapi menggunakan pancaran CT Skan digalakkan. Cara MSCT 64-kepingan skan tubuh
  dan menggunakan petanda protin 'Biomaker C12' adalah strategi yang sungguh berkesan.
- Bronkoskopi boleh mendapat cebisan biopsi;
- Skan dada, abdomen, tulang dan otak adalah sebahagian dari kaedah skan yang digunakan sekarang selain dari
  'Petscan';
- Kalau terdapat bengkak tumor yang senang dihampiri, kaedah menggunakan CT- Skan 'guided needle aspiration';
- Sitologi kahak;
- Petanda tumor iaitu CEA, NSE untuk 'Small cell barah paru” dan Cyfra 21-1 untuk barah paru-paru jenis
  'epidermoidis'.


6) Rawatan:

- surgeri: spesifik ke lokasi tumor;
- terapi radiasi: bantuan rawatan yang dijalankan bila surgeri tidak dapat dilakukan dengan sepenuh, dan juga
  pada tumor kecil yang tidak dapat disembuhkan;
- kemoterapi: bantuan rawatan yang dijalankan sebelum atau selepas surgeri, terutamanya pada peringkat
  metastatik, sebab perkembangan metastasis pesakit ;
- kemoradiasi: bentuk yang tidak dapat dibuangkan;
- dos petanda tumor: amat perlu: menjalani rawatan susulan yang mudah, terutamanya semasa kemoterapi dan
  mengisyaratkan keperluan untuk mengubahsuai rawatan ini bila klon sel baru ditemui. Beberapa jenis sel tumor
  boleh muncul bersama dalam satu tumor dalam kes kanser paru-paru : kemoterapi berkesan ke atas sel-sel
  utama boleh menghapuskan kanser jenis ini, tetapi mungkin sel lain dikuasai: semasa rawatan petanda tumor
  memainkan peranan yang penting: NSE dan Cyfra 21-1 adalah yang paling penting.


7) Rawatan susulan:
- Kajian radiografik;
- dos petanda tumor : peningkatan nilai satu atau beberapa petanda tumor boleh terjadi beberapa bulan sebelum ia
  muncul semula. Rawatan susulan ini perlu dilakukan setiap bulan, kemudian setiap tiga bulan.
.

8) Pencegahan:
DILARANG MEROKOK. Berhenti merokok mengurangkan risiko kanser paru-paru selepas 10 tahun.
Pemeriksaan CT dengan dos rendah / resolusi tinggi, bergabung dengan ujian petanda tumor, akan memperbaiki keadaan kanser paru-paru.


Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun.

Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.


sumber-kesihatan

Kanser Payudara

Posted by Nurul Atiqah at 5:17 AM 0 comments
1) Epidemiologi:
Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku di antara kaum wanita, bukan sahaja di Amerika Syarikat (210 000 kes setahun), malah di semua negara membangun. Antara kejadian : antara 8-9 orang wanita, seorang daripadanya akan menghidap kanser payudara, ia bergantung kepada negara mana. Kejadian ini terus meningkat 1 hingga 2% setiap tahun, tetapi tahap kematian makin stabil pada sepuluh tahun yang lepas. Kanser Payudara masih sebagai penderitaan masyarakat di negara barat : terutamanya di Amerika Syarikat , Kanada, Eropah Barat, Australia , New Zealand. Pada masa ini, lebih dari 1 juta wanita di Amerika Syarikat menghidap kanser payudara peringkat II, III atau IV. Walaupun sains perubatan belum dapat membanteras kanser ini, kemajuan dalam diagnosis dan terapi dapat merawat ramai pesakit.
Namun demikian, risiko bukan di luar tafsiran sebab ia terlalu kerap: risiko sebenar ialah 13%, dan peninjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa 89% kaum wanita di luar tafsiran bagi kanser ini : purata tafsiran 46% dari 13% yang sebenar. Jangan bimbang !
Jangan lupa sebanyak  1000 orang lelaki dipengaruhi setiap tahun di Amerika Syarikat.


2) Faktor Risiko:

Bahkan apa yang menyebabkan kanser payudara tidak diketahui dengan tepat, kanser ini pada umumnya diakui adalah akibat dari perubahan genetik, kebanyakan didapati selepas lahir. Kadang-kadang ia diwarisi dari salah seorang ibubapa : dikenali sebagai predisposisi genetik kepada kanser payudara.

Sehingga sekarang, 2 predisposisi genetik telah dikenalpasti. (lain-lain seperti BRCA3, sedang diselidik): BRCA1 dan BRCA2, yang perlu ditentukan di dalam kes kanser di dalam keluarga.

Faktor risiko yang utama:
- jantina: 100 wanita, 1 lelaki;
- umur: 50 tahun ke atas
- kelainan yang ditemui melalui biopsi payudara
- Akilbaligh awal dan lambat putus haid;
- tidak pernah mengandung atau lewat mengandung.
Penyebab lain yang disahkan tetapi dengan kadar risiko rendah: - persekitaran (cara hidup, kedudukan sosial, makanan), - kegemukan semasa muda, - rawatan hormon, - tembakau, - alkohol.


3) Perkembangan:

Sel mamari di payudara membesar dan menebus limfa atau saluran darah menyebabkan metastasis. Tumor ini dapat dikesan melalui mamografi, ultrasound, MRI dan nodus aksilari. Jikalau tumor itu tidak dirawat, ia akan membesar dan metastasis akan membawa maut.

4) Simptom:
ketulan di payudara, kemungkinan menyebabkan kulit berhampiran berkedut, kelainan pada puting, puting berdarah, nodus aksilari.


5) Pengesanan kanser payudara:

Cara paling baik untuk rawatan lengkap.
- pemeriksaan sendiri payudara.
- mamografi bilateral, sekali setiap tahun atau setiap 2 tahun selepas umur 40 (atau umur 50, terpulang kepada
  negara mana).  Kemungkinan untuk mengesan tumor pada peringkat awal sebelum ia tersebar.
- ultrasound dinasihatkan.
- Petanda tumor diperlukan.


6) Diagnosa kanser payudara:

bergantung kepada
- mamografi;
- ultrasound; MRI ;
- biopsi: samada core-biopsi (fine-needle aspiration), atau biopsi pembedahan.
- dan petanda tumor : CEA , CA 15-3.


7) Rawatan:
Surgeri, radioterapi dan rawatan perubatan. Rawatan ini adalah dijalankan mengikut keperluan setiap pesakit.

- Surgeri: mastektomi sepenuh (pembuangan payudara) sesuai hanya untuk 30% kes, mastektomi sebahagian
  adalah yang sering   digunakan: lumpektomi, sekmental mastektomi. Diseksi nodus limfa aksilari adalah perlu
  untuk mengawasi kesan rawatan perubatan:   prosedur ini dapat dilakukan menerusi teknik "minimally invasive"
  untuk kanser yang bersaiz kecil (kecil daripada 10mm). Pembinaan semula dapat dilakukan semasa atau selepas
  mastektomi.
- Radiasi: mastektomi sepenuh. Keputusannya cemerlang.
  Radiasi juga diguna sebelum pembedahan, samada tersendiri atau bersama kemoterapi untuk menyusutkan
  tumor.
- Rawatan Perubatan: bergantung kepada parameter tumor dan nodus.
- Kemoterapi diguna bersama pelbagai ubat. Kanser payudara metastasis sangat awal, kemoterapi sentiasa
  digunakan. Banyak protokol didapati, mengizinkan keputusan penting dalam penyembuhan.
- Terapi hormon: mengurangkan pertumbuhan sel hormon.


8) Rawatan susulan:
amat perlu, dijalani sepanjang hidup disebabkan oleh risiko penimbulan semula.

Mesti dilakukan pada 3 bulan pertama, kemudian setiap 6 bulan, seterusnya setiap satu tahun:
- pemeriksaan klinikal;
- mamografi;
- ujian petanda: CEA , CA 15-3. Petanda tumor sangat sensitif untuk mengesan metastasis tulang dan hati.
  Jikalau pembacaan memberi amaran, ujian lain akan mengesan juga : ultrasound, MRI .


9) Pencegahan:

Banyak kajian dibuat di seluruh dunia. Sehingga sekarang, tiada sependapat bagi protokol yang teratur. Kumpulan di seluruh dunia menggunakan teknik radikal (jumlah mastektomi bila dikesan mewarisi genetik) dan perbezaan ubat (Tamoxiphen, Raloxyphen). Keputusan penyelidikan lanjutan telah lama menunggu.

AMARAN : jikalau anda menjalani rawatan ANTI-PENUAAN, khususnya menggunakan DHEA, anda perlu pasti anda tiada kanser payudara.


Petanda tumor di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; adalah mengesyorkan anda melaksanakan panel ini sekali dalam setahun.

Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG. 


sumber-kesihatan

H1NI MUNCUL KEMBALI

Posted by Nurul Atiqah at 1:14 AM 0 comments
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Empat di Kajang antara tiga orang yang meninggal dunia akibat H1N1 tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pelajar perempuan itu mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam, dan dibawa ke sebuah hospital swasta setelah pengsan selepas berjoging pada 22 Februari lalu.

"Dia kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur dan seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur sebelum meninggal dunia pada 24 Februari. "Ujian pengesahan virus melalui PCR pada 25 Februari mendapati kes positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Liow berkata, langkah kawalan telah diambil seperti memberi pendidikan kesihatan membasuh tangan dan etika batuk manakala pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala influenza dinasihatkan tidak datang ke sekolah dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. - Bernama

sumber-metro

Monday, February 28, 2011

Awas memilih kosmetik-(Untuk wanita)

Posted by Nurul Atiqah at 2:54 AM 0 comments
NANI ingin mendapatkan kulit muka yang cerah. Sahabatnya Siti menggunakan sejenis produk pencerah dan mencadangkan kepada Nani agar turut mencuba. Menurut Siti selepas menggunakan produk itu selama tiga minggu hasil yang ketara akan terlihat.

Selepas mencuba selama beberapa minggu kulit Nani menjadi gatal gatal dan kemerahan. Dia alah dengan produk tersebut dan terpaksa berjumpa doktor bagi rawatan alahan.

Namun Nani tidak putus asa. Setelah kulit mukanya pulih semula dia mencuba pula produk yang lain. kali ini kulitnya cerah dan tidak ada sebarang masalah.

Oleh itu Nani terus menggunakan produk itu selama setahun. Selepas setahun Nani bertukar pula ke produk baru yang disyorkan oleh temannya. Nani terpengaruh lantaran melihat kulit temannya yang halus dan licin. Namun selepas dua bulan Nani mendapati kulitnya kusam. Dia juga melihat kesan pigmentasi mula terjadi dan membuatkan hatinya risau.

Nani berjumpa saya kerana dia telah membaca berkenaan produk kecantikan yang beracun bakal mencetus masalah kanser dan pigmentasi kulit jika di gunakan terlalu lama. Dia meminta saya memberi nasihat berkenaan pemilihan produk kecantikan yang sesuai pada kulit. Beliau juga ingin tahu apakah yang dilakukan oleh produk tersebut kepada kulit kita.

Saya mendapati ramai daripada kita mengalami pigmentasi akibat penggunaan bahan kosmetik yang tidak terkawal. Untuk membaik pulih kes seperti ini adalah rumit. Ini kerana ia memerlukan rawatan bersiri termasuklah suntikan vitamin dan transeminic ke dalam kulit bagi mengurangkan angiogenesis pada sel sel melanocyte itu.

Bahan-bahan pencerah boleh didapati daripada alam semulajadi dan juga menerusi proses sintetik.

Berikut dihuraikan serba sedikit mengenai bahan pencerah dalam kosmetik.

Arbutin

Sejenis hidroquinone yang sudah mengalami proses glycosylated. Ini bermakna struktur kimianya adalah sama seperti hydroquinone namun mempunyai molekul glukosa yang melekat padanya. Arbutin terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan seperti kranberi, pear, bluberi dan buah-buahan jenis beri yang lain. Arbutin menghalang tindakan tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakkan pembentukan melanin iaitu pigmen pada kulit). Apabila arbutin disapukan kepada kulit ia meresap jauh ke dalam dan menentang pembentukan melanin. Hasilnya kulit menjadi cerah perlahan-lahan.

Asid kojik

Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Ia sering digunakan dalam proses membuat tapai di Jepun. Ia terbentuk dari aspergillus oryzae iaitu spesies kulat yang sering digunakan dalam proses pembuatan sake di negara Matahari Terbit. Pada awalnya kojik digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan kojik menyebabkan warna makanan dan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. Kajian saintifik menunjukkan kojik sesuai untuk kulit manusia dan pigmentasi seperti melasma dan bintik-bintik hitam. Oleh kerana sifatnya yang berasid, anda mungkin berasa gatal sedikit di peringkat awal penggunaannya. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin melalui proses oksidasi.

Hidroquinon

Hidroquinne merupakan agen penting dalam menangani pigmentasi. Ia mampu menyerang sel-sel melanocyte dan merosakkan DNA dan RNA pada sel tersebut. Ini menjadikan sel-sel itu rosak dan tidak mampu menghasilkan pigmen. Namun begitu sifat hydroquinione yang toksik tidak terhad pada sel melanocyte sahaja. Sekiranya digunakan dalam kuantiti berlebihan ia turut merosakkan sel-sel lain juga. Oleh itu penggunaannya haruslah terhad kepada empat bulan dan mengikut nasihat doktor sahaja. Selepas empat bulan anda harus merehatkan kulit beberapa bulan sebelum menggunakannya semula. Penggunaan hydroquinone membuatkan kulit kita menjadi berubah dari segi sifat semulajadinya. Sel-sel seolah olah menjadi mutant dan berubah dari segi komposisi semulajadinya. Ini mewujudkan keadaan bergantung kepada hydroquinone. Tanpa hydroquinone kulit gelap semula.

Asid azelaic

Bahan semulajadi di dalam pyhtosporum ovale yang merupakan sejenis yis atau kulat. Fungsi asid azelaic adalah bagi membunuh melanocytes melalui sifatnya yang menghalang thioredoxin reductase sejenis enzim dalam mitokondria sel melanocytes.

Azelaic asid turut berguna dalam rawatan jerawat, lentigines, rosacea dan pigmentasi yang disebabkan keradangan.

Retinoids

Retinoids seperti trenitoin dan adapalene adalah derivatif kepada vitamin A. Ia turut menghalang aktiviti tyrosinase menyebabkan pigmentasi tidak terjadi.

Niacinamide

Vitamin B3 yang aktif dan menghalang proses warna terjadi pada sel kulit.

Protein soya

Mengandungi enzyme serine protease yang menghalang pembentukan melanin. Namun kesannya agak lambat. Dengan menyapu sebanyak dua kali sehari ke muka kesan pencerahan dapat dilihat selepas 12 minggu.

Pengelupasan dengan asid buah buahan atau asid lembut

Fungsinya ialah meningkatkan proses pembentukan epidermis baru dan membuang melanin yang lama. Jenis asid yang sering digunakan adalah alfa hydroxyl asid, glycolic asid, trichloroacetik asid.

Aleosin

Sejenis molekul glycoprotein yang terdapat di dalam tumbuhan aloevera. Ia menghalang tyrosinase tanpa menunjukkan sebarang sifat toksik seperti hydroquinone.

Asid tranexamic

Menghalang cahaya UV daripada merosakkan kulit. Ia juga menghalang daripada pembentukan melanosit.

kredit-info kesihatan

Info kesihatan-Bau badan busuk

Posted by Nurul Atiqah at 2:50 AM 0 comments
                        Bau badan menyebabkan kita malu nak berhadapan depan khayalak ramai

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.
Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
# Kerap mandi
# Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
# Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
# Berhenti merokok.

Thursday, February 17, 2011

Ketuat kat tangan punye pasal,jari aq pedih:(

Posted by Nurul Atiqah at 4:42 AM 1 comments
salam...

  ne aq ada nak cerita pasal ketuat..bahaya x ketuat ne...aq buat entry ne sbb jari aq naek ketuat..tadi baru je jumpa nga doktor..doktor kate ketuat ne virus..kena buang ketuat..takut berjangkit nga org laen...aq nak bagi satu artikel pasal ketuat..aq amik kat utusan online..aq de terbace lah pasal artikel ketuat ne...harap korang bace..mane lah tau kot2 ley buat persedian..jng bg ketuat naik kat badan kite ne..bukan ape,bile ketuat naek ne,ia menyusahkan kite untuk lakukan aktiviti harian kite..terutama kena kat tangan ne atau jari kite..:)

Berkongsi tuala boleh jangkit ketuat


Ketuat pada jari boleh mendatangkan ketidakselesaan. - Gambar hiasan


BOLEH dikatakan setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di bahagian tubuh. Biasanya ketuat tersebut tidak mengganggu dan ada juga yang boleh hilang sendiri tanpa perlu dibuang menerusi pembedahan.
Ketuat juga boleh berlaku pada kanak-kanak, untuk pengetahuan anda, ketuat berpunca dari sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan human papillomavirus (HPV).
Kuman ini boleh dijangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih serasi untuk timbul di bahagian yang lembap, sedikit panas atau boleh jadi juga di bahagian yang terguris atau luka seperti di kaki, tangan dan jari jemari.
Ketuat ini biasanya tidak menimbulkan kesakitan melainkan jika ia tumbuh di bahagian tapak kaki atau bahagian tubuh yang selalu bergesel atau disentuh dengan kerap.
Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat HPV? Cara mudah ialah dengan menyentuh barangan yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kuman HPV, sebagai contoh perkongsian penggunaan tuala atau apa saja
.

Jenis-jenis ketuat
 
Ketuat biasa sering ditemui di jari, tangan, lutut dan siku. Ketuat biasanya ini bersaiz kecil, keras pada sifatnya dan berwarna perang pudar. Permukaan ketuat biasa menyerupai kubis bunga dan ada bintik-bintik hitam kecil di dalamnya.
Ketuat rata bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku pada kanak-kanak rasanya lebih lembut, warnanya pula boleh jadi merah jambu, perang lembut atau kuning. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ketuat rata ini di bahagian wajah namun tidak mustahil ia juga boleh timbul di bahagian lengan, lutut dan tangan.
Ketuat plantar pula biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini memang mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Adakalanya ketuat boleh tumbuh di kawasan genital namun ia lebih banyak berlaku di bahagian jari, kaki dan tangan.

Adakah ketua berbahaya?

Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.
Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

Mengelakkan ketuat

Walaupun tiada cara khusus untuk mengelakkan ketuat, namun amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka tersebut.

Menguruskan ketuat

Ketuat biasanya tidak mengancam kesihatan, jadi ia tidak semestinya dibuang. Para doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit.
Cara untuk membuangkan ada pelbagai termasuk; penggunaan krim khas, cyrosurgeri, rawatan laser.
Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia akan tumbuh kembali.

Monday, February 7, 2011

Ubat batuk dan selsema kite bahaya rupanye..Sila Bace..ini penting!!!!

Posted by Nurul Atiqah at 8:33 AM 0 comments
UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles) Kepada Semua, Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.. PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI! Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain. UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE : Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements Acutrim Maximum Strength Appetite Control Alka-Seltzer Plus Children’s Cold Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren) Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent BC Allergy Sinus Cold Powder BC Sinus Cold Powder Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief Comtrex Flu Therapy & Fever Relief Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules Contac 12 Hour Caplets Coricidin D Cold, Flu & Sinus Dexatrim Caffeine Free Dexatrim Extended Duration Dexatrim Gelcaps Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels Dimetapp DM Cold & Cough Elixir Dimetapp Elixir Dimetapp 4 Hour Liquid Gels Dimetapp 4 Hour Tablets Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets Naldecon DX Pediatric Drops Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion Triaminic DM Cough Relief Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion Triaminic Syrup Cold & Allergy Triaminic Triaminicol Cold & Cough Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak : Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, SILA BERIKAN RISALAH INI. INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA
 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise