Sila Tgalkan LINK anda Disini

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Khas untuk penunggang motosikal

Posted by Nurul Atiqah at 9:07 AM 0 comments
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan wujudnya keputusan kerajaan berkaitan peraturan mewajibkan kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas melalui pemeriksaan oleh Puspakom sebagai syarat bagi pembaharuan lesen kenderaan.
Beliau berkata setakat ini, hanya kenderaan awam dan kenderaan perdagangan sahaja diwajibkan menjalani pemeriksaan kenderaan secara berkala bagi memastikan kenderaan itu sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan.

"Kerajaan tidak wajibkan pemeriksaan untuk kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak termasuk ahli persatuan pengedar motosikal baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata sebarang keputusan mewujudkan peratuan baru adalah bertujuan baik iaitu meningkatkan tahap keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya dan bukan untuk menyusahkan sesiapa.

"Setiap keputusan adalah berlunaskan pertimbangan kepada rakyat dengan mengambil kira situasi kadar kemalangan di negara ini yang masih tinggi iaitu sekitar 6,800 orang setahun atau purata 19 kematian sehari," katanya.

sumber-mymetro

Wakaf Che Yeh mai........

Posted by Nurul Atiqah at 5:23 AM 1 comments
selamat malam u all...jap lagi aq nak p wakaf che yeh..tempat faveret aq tuk shoping2...lau korang p kat sane..memang best ah...macam2 ada..kasut bundle,kain2 untuk pompuan..sayur-sayur yang segar2...lau hujung mggu kat kelantan ne,gerenti ramai orang punye....Wakaf Che Yeh ne dibukak petang dan tutup sampai 1 pagi,x silap aq lah..tapi memang meriah ah g wakaf che yeh ne...yang aq paling suka g wakaf che yeh sebab lokasi nye dekat nga tempat faveret aq ugak iaitu mcd wakaf che yeh..mcd ne open 24 hour..hehehe..i loikee..
ini lah mcd kat wakaf che yeh..mcd ne selalu ramai orang sebab bila org singgah kat wakaf che yeh..mesti akan sinngah kat mcd ne..hehehe...wakaf che yeh memang terkenal kat kelantan..macam2 ada kat wakaf che yeh..makanan pon ada yang best..rugi lau korang x pergi kat sana...jum pakat2 g kat wakaf che yehh...aq nak pomote ne..ahahaha...selamat enjoy kat wakaf che yeh:)

Thursday, March 17, 2011

Rahsia Falsafah Bunga

Posted by Nurul Atiqah at 8:41 AM 2 comments
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!!  Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros  
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

 FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:  

ROS PUTIH  
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION  
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA  
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA  
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI  
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

 BUNGA IRIS  
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA JASMIN  
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID  
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH  
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI  
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

 BUNGA TULIP  
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

 BUNGA IVY  
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET  
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

 KOD WARNA BUNGA  
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!


MAKSUD TERSIRAT  
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!


BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.



Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Monday, March 14, 2011

Keinsafan Menziarahi Jenazah

Posted by Nurul Atiqah at 9:41 AM 0 comments
Saya ingin berkongsi secebis pengalaman saya bersama anda semua. Sebelum Jun tahun 2001, kadang-kala saya tertinggal solat Subuh kerana tertidur dan buat solat pun sekadar untuk melepaskan kewajipan sahaja; tanpa adanya roh solat itu.
Saya tidak merasa seronok melakukan solat kerana diwajibkan dan terpaksa. Kalau solat itu tidak diwajibkan saya tidak akan lakukan. Saya tidak merasa indah dan manisnya beribadah kepada Allah.
Detik perubahan berlaku dalam hidup saya selepas Jun tahun 2001. Ceritanya begini, adik ipar saya telah meninggal dunia secara mengejut. Jenazahnya ditempatkan di bilik mayat di sebuah hospital untuk proses post mortem.
Sebelum proses itu bermula, saya pergi melihat jenazahnya di dalam peti yang kecil seorang diri.
Sekujur tubuh yang kaku terbujur sepi Saya merenung dan muhasabah diri Inilah kesudahan kita ke tempat yang sangat sempit.
Saya kembali ke rumah dan di sinilah bermulanya detik keinsafan. Allah menyayangi hambaNya dengan memberikan taufik dan hidayah kepada saya untuk berubah memperbaiki diri sendiri. Malam pertama saya balik ke rumah, Allah memudahkan saya untuk bangun pada pukul 2.00 pagi bagi mengerjakan solat taubat.
Saya menangis bersungguh-sungguh memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang saya telah lakukan. Sejak itu saya mengqada solat setakat yang termampu dan mengerjakan solat sunat rawatib. Saya juga dengan izin dan rahmat Allah mampu untuk bangun malam melakukan solat taubat,tahajud dan hajat serta membaca Quran.
Sebelum keinsafan ini datang, saya tidak pandai membaca al-Quran, tetapi selepas itu saya bertekad untuk belajar. Allah memberikan hidayah dan petunjuk serta mempermudahkan saya untuk mempelajari al-Quran.
Saya dengan mudah dapat membaca ayat-ayat al-Quran, yang sebelum ini saya tidak tahu membacanya.
Sejak itu jugalah saya tidak pernah tinggal solat wajib, sunat rawatib, bangun malam untuk bertahajud dan bermunajat kepada Allah. Dalam solat saya menangis. Air mata itu mengalir dengan sendirinya tanpa dipinta.
Baru kini saya merasa manisnya iman. Pola kehidupan saya turut berubah, saya sudah tidak berminat menonton program televisyen yang lagha atau yang tidak memberi ilmu atau manfaat. Saya suka membaca buku-buku agama. Sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri saya berjaya mengawalnya.
Kesimpulannya hati yang keras boleh dilembutkan dengan cara kita selalu menziarahi orang mati, kita akan sentiasa ingat mati. Semoga dengan cara ni Allah akan memberi taufik dan hidayahNya kepada kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Jadi marilah kita berusaha untuk memohon taufik dan hidayah Allah semoga kita beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

sumber-iluvislam

Anda Gelisah?

Posted by Nurul Atiqah at 9:39 AM 0 comments
Hidup ini tidak pernah sunyi daripada ujian Tuhan. Andai pegangan Islam tak kuat, mungkin ada yang mengambil keputusan terburu-buru untuk bunuh diri. Alhamdullilah Allah temukan saya dengan ayat Al-Quran yang saya nak sangat nak kongsikan ini.
(18) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).
(19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.
(20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.
Allah yang cipta kita, maka semestinya dia tahu kelemahan kita. Dan ditulis juga dalam surah Al-Maarij ini, ciri-ciri manusia yang tidak merasa resah dan gelisah.
Nak cakap kat sini, mengikut tafsiran saya, (maaf kalau salah dan mohon betulkan), segala resah gelisah yang ada ini semua kerana kita juga. Kerana tidak melaksanakan apa yang Allah perintah.
(21) KECUALI orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
(22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(23) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum.
(24) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
(25) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).
(26) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya.
(27) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya.
(28) Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
(29) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(30) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(31) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
(32) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi).
(33) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
(34) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Penggunaan kata "kecuali" itu membawa makna yang sungguh berat dalam diri saya. Ibaratnya Allah hendak memberi tahu kita, manusia ini memang suka mengeluh, berkeluh kesah, rasa gelisah KECUALI kalau kita amalkan apa yang disuruh. Maka, adakah selama ini kita berkeluh kesah dan mengeluh kerana amalan kita tidak cukup untuk menguatkan keimanan kita untuk menerima setiap takdir dan dugaan Allah?
Maka jika kita :
1. Menjaga solat
2. Mendermakan harta
3. Percayakan hari kiamat
4. Takut akan balasan Tuhan
5. Menjaga kehormatan
6. Menjaga amanah dan janji
7. Memberi keterangan lagi adil
InsyaAllah hati tidak akan resah gelisah.
Saya yang menulis ni, bukan lah sudah memenuhi apa yang saya kongsi ini. Cuma rasa menarik untuk dikongsi.
Hanya berharap dapat buat terbaik untuk Allah. :)
- Artikel iluvislam.com

Kesan Radioaktif Kepada Manusia

Posted by Nurul Atiqah at 9:03 AM 0 comments
LOGO bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair memberi amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya.

Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan.

Uranium Information Centre Limited (UIC), organisasi yang membekalkan panduan mengenai bahan radioaktif dalam rencananya menyebut, bahan radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Contohnya kalium (K), dari K40 ke K39 (kedua-duanya adalah isotop). Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa. Contohnya, K39 adalah mineral yang diperlukan badan sedangkan K40 pula adalah bahan radioaktif.

Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:

1. Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.

2. Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.

3. Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.

4. Radiasi neutron - Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.

Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.

Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya.

Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat.

Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.

Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.

Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.

Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka.

Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan.

Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC).

Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan.

Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar.

Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

Panduan disediakan Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan Pegawai Keselamatan Radiasi.

Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku.

Selain itu, pengendali bahan radioaktif perlu melengkapkan diri dengan peralatan tertentu seperti penghadang, sarung tangan dan peralatan amaran bagi mengelakkan kemungkinan radiasi.

Begitu juga dengan sisa radioaktif perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum meninggalkan makmal bahan radioaktif. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah. 



sumber-halaqah

Thursday, March 10, 2011

Sujud lega sistem pernafasan

Posted by Nurul Atiqah at 1:23 AM 0 comments

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) . - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

 Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/ buih laut " 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

sumber-fb


Tuesday, March 8, 2011

Tip Untuk Ibu bapa

Posted by Nurul Atiqah at 6:51 AM 0 comments
INFO: Tip untuk ibu bapa

Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Mati itU PASTI

Posted by Nurul Atiqah at 6:46 AM 0 comments
“Segala keinginan duniawi pasti terpadam bilamana mati sentiasa diingatan..”

Ramai yang takut, seram bila berbicara mengenai mati..
Bila kita cuba bincang atau menyebut mengenai kematian, cepat-cepat mengelak ke topik lain, katanya “ish..jangan sebut la mati-mati ni”.
Sebenarnya, tak salah mengingati mati, malah dengan mengingati mati, keinginan melampau terhadap dunia pasti tertunduk, hati juga akan makin dekat dengan Pencipta Yang Esa.

Nabi bersabda: “Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.”
Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?” Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.

Tidak dinafikan lagi kebenaran sabda Baginda,umat manusia sekarang amat mencintai dunia,
terlalu risau bila tidak cukup wang, tapi tak risau dengan dosa yang bertambah
tak senang duduk bila kerje ofis lambat siap, tapi tak sedikit pun terkilan bila lambat solat
sumber pendapatan tak diteliti sumber halal haramnya, yang penting dapat memenuhi kehendak dihati
berita kematian seringkali didengar di akhbar, di internet tapi jarang yang diambil iktibar

Pernah tak tiba-tiba kita teringatkan mati, sungguh menggerunkan bila kematian tiba di saat kita belum bersedia. Contohnya semasa membaca tulisan ini, mesti terbayang difikiran pelbagai tanggungjawab masih belum diselesaikan. Bukan lagi kerje dunia difikirkan, tetapi tanggungjawab sebagai hamba.
Adakah dosa dengan ibubapa telah terampun? Sempurnakah solat,puasa,zakat kita sebelum ini?

Jika yang telah berkahwin, apakah tiada lagi kesalahan yang belum dimaafkan oleh pasangan?
Jika sebagai isteri, adakah suami meredhai? Redha Allah terhadap wanita, bergantung juga kepada redha suami terhadapnya. Sungguh menakutkan bila mengingati kematian.
Bagaimana dengan tanggjawab terhadap anak-anak? Adakah sempurna / telah berusaha sedaya upaya mendidik dan menjaga amanah Allah?
Belum lagi difikirkan kemana rezeki kurniaan Tuhan yang dibelanjakan sebelum ini, adakah dibelanjakan ke arah kebaikan atau sekadar memenuhi keinginan dunia? Kerana setiap yang digunakan, pasti dihisab.

Jika mati sentiasa diingatan,
tiada lagi masa dibazirkan,
tiada lagi kekayaan harta diimpikan,
tiada lagi syahwat diturutkan,
tiada lagi nafsu amarah bertandang di hati,
tiada lagi segala-gala yang menjadi asbab Allah dilupakan

Bukan pula bermakna dunia perlu ditinggalkan,
tapi berusahalah sedaya untuk mencari bekal diakhirat
Menggunakan dunia untuk jalan ke akhirat..

Ingatlah mati untuk melembutkan hati,
Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Mati itu pasti!

Tentang salam . . .

Posted by Nurul Atiqah at 6:33 AM 0 comments
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

tiada ape yang sempurna

Posted by Nurul Atiqah at 6:18 AM 0 comments
  • Tiapa apa yang sempurna, tiada sesiapa yang sempurna.
  • Tak perlu segala-galanya sempurna dulu baru kita start berusaha. Dalam memburu kejayaan, kita tak perlu tunggu diri kita sempurna barulah kita bergerak mengejar kejayaan. 
  • Jadilah diri sendiri, itu lebih baik.
  • Setiap orang di kalangan kita dijadikan unik kerana kita ada bakat tersendiri, kebolehan tersendiri, kemahiran tersendiri. Mungkin ada yang serupa, tapi tak sama tahapnya. 
  • Jangan samakan diri Anda dengan orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebaliknya tonjolkan siapa Anda.
  • Selagi namanya kita manusia biasa, kita takkan dapat jadi sempurna. Mesti ada yang ‘kureng’ kat mana-mana. 
  • Fikirkan apa kekurangan Anda kemudian berusahalah memperbaikinya.
  • Selagi kita rasa masih ada kemahiran yang kita kurang kuasai, selagi itu kita akan rasa terdorong untuk memperbaiki tahap penguasaan kita. 
  • Syaratnya, jadikan ia satu keinginan yang amat kuat supaya kita ada motivasi melakukan penambahbaikan.

Istilah Dalam Loghat Kelate

Posted by Nurul Atiqah at 6:17 AM 0 comments
1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

gugha bewok........gurauan yg menyebabkn pgaduhan
taik ayang mone....tahi ayam yg masih hangat
kona lepe.........kona lipat
nakuk paik.......penakut yg amat
mase purit.....teramat masam!
jale netting.....jalan cam melompat
nipih siyyat.....sgt nipis
babei.............degil (taktau nak eja camane)
jabir/supek/plastik ghok-ghak.........plastic bag je padahal
kehek.............muntahkan semula
meppeh............tak larat
koghok keghing goh....tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)
kerek tlage......konkrit mengepung telage (kalbod)
tadok aghoh........habis ikhtiar
penuh rumbu.......penuh sampai melimpah
kapoh dua......... biasa roti sandwich
gemuk gedebbok......gemuk sgt
kuruh kering.....sgt kurus
botok licing.......botak licin (rambut)
beso supo gajah.....besar
kecok.............jln terhincut2
gege..............bising
manih leting......sgt manis
bapok gong........sgt besar
gong..............sombong
srupo tulo/supotulo.......serupe je
ringang nepong.....sgt ringan
ketik nnyamuk......digigit nyamuk
busuk koho....busuk gile
agah...org yg sombong
soheh ko dok... ko ni biar betul!!
apah nyor...... hampas kelapa
anguh letong...... sangat hangus
bata golek ..... boaster/bantal pelok
boloq woq ...... serabut
behe ....... pukul kan!

P/S:KALU ADO SILAP SALAH..MITAK TEGUR LA DEH

petanda kiamat

Posted by Nurul Atiqah at 6:12 AM 0 comments
Bala, Tanda, Peringatan ALLAH kepada Umat di akhir zaman?Antara kupasan yang dipetik daripada hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu banyak menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda. Kebanyakan faktor tersebut telah berlaku dan sedang berlaku di sekeliling kita. Antara yang dapat dinukilkan adalah seperti berikut;
1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).
4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan
.5- Terlampau mewah.
6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).
7- Tipu menipu dalam perkara dunia.
8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).
9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.
10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.
11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.
12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.
13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.
14- Riba wujud di mana-mana.
15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.
16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
18- Ibu melahirkan tuannya.
19- Bangunan pencakar langit.
20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.
21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.
22- Berlaku peperangan demi peperangan.
23- Masa akan menjadi singkat.
24- Muncul galian-galian bumi.
25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.
26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.
27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.
28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.
29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.
30- Menggadai agama kerana dunia.31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.
32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.
33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.
34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.
35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.
37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.
38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.
39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.
40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.
41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
42- Apabila minuman keras tersebar luas.
43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.
44- Artis-artis wanita diagung-agungkan.45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).
46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa. Nah apa tugas kita sesudah meneliti semua faktor di atas?

10 mayat Tak Busuk

Posted by Nurul Atiqah at 6:10 AM 0 comments
10 mayat Tak Busuk
Untuk renungan bersama, insyallah. Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra, sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Kreatif bukan!!!

Posted by Nurul Atiqah at 4:02 AM 0 comments
sumber-borak kosong

Sunday, March 6, 2011

Tip-tip untuk memilih berlian yang terbaik

Posted by Nurul Atiqah at 6:37 AM 0 comments
Ikuti 4 tips asas pemilihan berlian terbaik buat insan teristimewa yang perlu anda ketahui :

1. Potongan

Berlian merupakan batuan terkeras dan hanya boleh dipotong dengan dengan menggunakan berlian. Bentuk dan hasil potongan mempengaruhi nilai dan kilauannya. Ketika memilih berlian ,keluarkannya dari kotak gelap dan lihat kilauannya dipersekitaran putih. Kotak yang gelap, disimbahi cahaya lampu persekitaran mempengaruhi kilauan sebenarnya.

2. Kejelasan :

Berlian secara semulajadinya mempunyai kecacatan yang disebabkan buih udara dan kandungan kabon di dalamnya. Kecacatan tersebut sungguh pun kecil dan hanya dapat dilihat melalui mikroskop, tetap mempengaruhi kilauannya. Namun, masalah kecacatan ini dapat diperbaiki dengan kaedah 'filing' dan leser. Berlian yang sempurna tanpa kecacatan sangat sukar ditemui dan harganya juga sangat tinggi.

3. Karat :

Merujuk kepada berat dan saiz . Semakin besar berlian, semakin tinggi nilai karat dan harganya. Satu karat berlian bersamaan 1/5 gram.

4. Warna :

Sistem pengredan berlian bergantung kepada warna. Berlian terbaik dengan harga termahal ialah berlian tanpa warna. Namun , berlian turut hadir dalam warna merah, biru, hujau, jingga , kuning dan hitam. Skala berlian bermula dari D ( terbaik ) sehinggalah ke Z ( rendah kualiti ). Kebanyakan berlian mempunyai sedikit warna kekuningan yang hanya boleh dikenalpasti oleh pakar. Namun menurut majalah Forbes, gred warna ini tidak termasuk berlian lain yang berwarna kerana sebahagiaanya mempunyai harga tinggi dan sukar diperolehi.
sumber-google

Friday, March 4, 2011

Bahaya Gigitan Cinta Asmara

Posted by Nurul Atiqah at 7:15 AM 0 comments
Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.
 
sumber-facebook

Tip-tip untuk menjadi usahawan yang berjaya

Posted by Nurul Atiqah at 5:38 AM 0 comments
Salam

    TIP-TIP RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN
-Kena ada pengalaman dan pengetahuan
-Minat yang mendalam terhadap usahawan
-Kena ada tapak projek dan lokasi yang strategik
-Ada pasaran yang terjamin
-Modal kena cukup
-kena ada pembekal

Thursday, March 3, 2011

MANA LEBIH TEGAR(PENAGIH @ PEROKOK)

Posted by Nurul Atiqah at 5:55 AM 2 comments
satu ujian di makmal telah dijalankn oleh beberapa doktor pakar unutk menguji tahap ketegaran antara seorang penagih dan seorang perokok..

terdapat 2 bilik khas didalam makmal tersebut yg telah siap dilengkapi seperti berikut:

BILIK A:DIPENUHI DENGAN DADAH..
BILIK B:DIPENUHI DENGAN ROKOK..

seprang penagih tegar kelas 1 dipilih dan old-timer rokok kelas 1 diambil untuk ujian ini...mereka dilabelkan A dan B..

penagih tegar dimasukkan kedalam bilik yg dipenuhi dengan dadah dan perokok tegar dimasukkn dalam bilik yg dipenuhi dengan rokok...kedua-dua sampel ditinggalkn selama seminggu dan diperhatikan menerusi kamera litar tertutup...

selepas seminggu,para doktor kembali dan keputusan ada lah seperti berikut

SAMPEL A:MATI
SAMPEL B:HIDUP

pelbagai andaian telah dijalankan namun gagal dipastikan mengapa perkara ini terjadi..apakah pendapat anda??MENGAPA SAMPEL A mati dan SAMPEL B hidup???

Empat keping setem dibeli RM3.49 juta

Posted by Nurul Atiqah at 5:13 AM 0 comments
                                                            gambar-kosmo(setem yg bernilai Rm3,49 juta)
SHANGHAI, China - Seorang pengumpul setem mencipta rekod apabila dia membayar AS$1.15 juta (RM3.49 juta) untuk empat keping setem yang dikeluarkan ketika era Revolusi Budaya di China pada 1960-an, kata pihak penganjur satu majlis lelongan semalam.
Setem-setem itu yang tidak pernah digunakan memaparkan beberapa inskripsi yang ditulis oleh bekas pemimpin China, Mao Zedong kepada rakan-rakan pekerjanya dari Jepun.
Set setem tersebut dibeli oleh seorang pengumpul dari Hong Kong dalam satu acara lelongan.
Acara itu juga turut melelong setem-setem sebelum dan selepas revolusi di China dan juga yang dikeluarkan di Taiwan. - Agensi

sumber-kosmo
 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise