Sila Tgalkan LINK anda Disini

Sunday, April 17, 2011

Memakai Seluar Pendek

Posted by Nurul Atiqah at 9:32 AM
Dipetik dari LAMAN SOAL JAWAB AGAMA..Sekadar untuk berkongsi pengetahuan dengan korang semua...Laman Soal Jawab Agama

Sekiranya seluar pendek itu menutupi hingga keseluruhan paha, haruslah dipakai. Menurut jumhur (majoriti) ulamak; Aurat yang wajib ditutup oleh lelaki sama ada di hadapan wanita-wanita mahramnya atau bukan mahramnya (kecuali isteri) ialah dari pusat hingga lutut, berdalilkan hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Namun hendaklah dipastikan selamat dari timbulnya fitnah. Maksud fitnah di sini ialah timbulnya syahwat (keinginan) yang mendorong kepada zina sesama mahram. Jika dikhuatiri perkara tersebut, wajiblah lelaki memakai pakain yang lebih sempurna dari seluar pendek itu. Dalam suasana hari ini di mana banyak faktor-faktor pendorong kepada syahwat (melalui TV, internet, majalah dan sebagainya), pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk sesama mahram perlu mengambil sikap dan pendekatan menutup segala ruang yang membawa kepada zina dan maksiat. Hal ini perlu diambil berat oleh ibu-bapa atau penjaga dalam memastikan agama anak-anak sentiasa terjaga.

Wallahu a'lam.

1 comments:

Dekcik on April 17, 2011 at 6:57 PM said...

klu lelaki kene lah pakai seluar pndek bwh lutut..kan aurat..

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise