Sila Tgalkan LINK anda Disini

Tuesday, March 8, 2011

Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Posted by Nurul Atiqah at 6:07 AM
Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu, tidak terletak pada kemanjaannya.
Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya, yang menggoncang iman para muslimin.
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaanya bermain lidah, memujuk rayu.

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah, bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya emningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati mengatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Illahi.

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi manusia yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah di atas apa yang ada serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku wanita solehah.

0 comments:

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise