Sila Tgalkan LINK anda Disini

Sunday, February 27, 2011

Tempat Paling Kotor

Posted by Nurul Atiqah at 10:26 PM
 Tembok dilumur cebisan gula-gula getah antara tumpuan pelancong

SANGKAAN cuma tempat menarik, bersih dan selamat dikunjungi saja yang boleh menarik tumpuan pelancong kini agak tersasar kerana lumrah manusia, selagi sesuatu itu dikategorikan sebagai pelik walaupun jelik, ia pasti menjadi tarikan orang ramai.
Jika tidak, masakan dinding sebuah bangunan di Seattle, Amerika Syarikat boleh terpilih menduduki tangga kedua tempat paling kotor yang dikunjungi ramai pelancong. Dinding Pasar Pike Place sepanjang 15 meter itu dipenuhi anggaran sejuta gula-gula getah pelbagai warna yang sudah dikunyah daripada lantai hingga ke bumbung yang dilekatkan di situ sejak tahun 1999.
Keadaan itu bermula apabila peminat teater yang beratur untuk menonton pertunjukan komedi melekatkan syiling dan objek kecil lain ke dinding itu menggunakan gula-gula getah.

Pekerja teater membersihkan dinding berkenaan sebanyak dua kali tetapi akhirnya mengaku kalah dengan dan pegawai tempatan mengisytiharkan dinding gula-gula getah itu sebagai ‘tarikan pelancongan’ secara rasmi pada tahun 1999.

Malah, lokasi itu turut menjadi ilham dalam satu adegan filem Hollywood, Love Happen, yang dibintangi Jennifer Aniston dan Aaron Eckhart. Mercu tanda Seattle itu perlahan-lahan mengumpulkan lebih banyak gula-gula getah yang sudah dikunyah sejak peralihan abad lalu. Kini mesej berwarna terang setebal beberapa sentimeter menghiasi dinding berkenaan selain ‘hasil seni’ kecil yang dibuat daripada gula-gula getah yang sudah dikunyah.

“Bangunan itu berukuran lebar 15 meter dan tinggi kira-kira 4.5 meter. Ia dimulakan pada 1993 oleh orang ramai yang beratur untuk menonton teater. Ia dibersihkan sebanyak dua kali tetapi pada tahun 1999, Seattle menyedari keunikannya menyamai Bubblegum Alley California dan dikekalkan sebegitu.
“Sejak itu, ramai orang membanjiri tempat ini untuk berkahwin dan meninggalkan gula-gula getah yang dikunyah atau melakukan hasil seni atau mesej cinta atau keamanan,” kata pemuzik tempatan, Jamison Johnson, 36.

Dinding itu memberikan visual luar biasa kepada penduduk Seattle yang memang cintakan seni.

“Pada saya, dinding gula-gula getah itu mengumpulkan pengalaman seni Seattle. Ia mempunyai karektor unik, kepelbagaian, kesaksamaan laluan dan gambaran, dan inovasi yang menyentuh hati serta pemikiran penduduk di sini.

“Bagi saya, ia lebih menonjol daripada Space Needle dan tarikan lain di bandar raya ini untuk menunjukkan pengalaman dan pengaruh sebenar Seattle,” katanya lagi.

Meraikan lebih sepuluh tahun keadaan itu, dinding gula-gula getah Seattle akhirnya memperoleh satu pengiktirafan.

“Apabila TripAdvisor.com menamakan ia sebagai tarikan pelancong kedua paling kotor di dunia, semakin ramai membanjiri tempat ini untuk melihatnya. Memang ia kotor, terutama ketika kita semua obses dengan kebersihan tangan dan selesema babi, tetapi ia cuma untuk keseronokan,” kata Johnson.

Info
5 tarikan paling kotor


1. The Blarney Stone, Ireland
- Dikucup ahli politik dan jurujual

2. Seattle Gum Wall, Amerika
- Dipenuhi gula-gula getah yang sudah dikunyah

3. Oscar Wilde's Tomb, Perancis
- ‘Dihiasi’ gincu ramai remaja artistik

4. St Mark's Place, Venice
- Dicemari burung merpati yang berkuyang kotor untuk mendapatkan makanan percuma

5. Grauman's Chinese Theatre, Amerika
- Cetakan tangan yang dianggap sekotor mana-mana laluan kaki lima.

kredit-berita harian

2 comments:

Nazrul Ashraff on February 28, 2011 at 1:25 AM said...

nak tengok gambar!!!

Nurul Atiqah on February 28, 2011 at 2:41 AM said...

ok:)

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise