Sila Tgalkan LINK anda Disini

Saturday, January 29, 2011

Posted by Nurul Atiqah at 2:59 AM
SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintahkan wanita Myanmar yang didakwa membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan menikam bertubi-tubi di tandas rumahnya, Selasa lalu diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama sebulan.
Majistret Zilfinaz Abbas membuat perintah itu terhadap Nuraishah Abdullah, 23, selepas membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zara Aina Mohd Zawawi. Terdahulu, Nuraishah yang memegang status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh anaknya di rumah bernombor 4, Lot 9902, Batu 4, Kampung Jawa, dekat sini kira-kira jam 9 pagi, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Ketika dihadapkan, ibu muda itu yang masih dalam pantang kelihatan lemah hanya duduk dalam kandang tertuduh dan meminta penghawa dingin dimatikan seketika atas alasan tidak tahan sejuk.

Dia yang memakai baju-T dan kain batik dilihat termenung panjang dan sesekali mengalirkan air mata. Zilfinaz menetapkan 28 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan perubatan. Rabu lalu, akhbar melaporkan seorang ibu tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang di Kampung Jawa, dekat sini.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan, polis mendapati, wanita itu baru melahirkan bayi kira-kira jam 9 pagi pada hari sama. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah....
(dipetik dari myMetro )


(perempuan agaknye gila meroyan tahap kritikal sampai sanggup bunuh bayi...x pon dy xnak kat bayi tuh..lau x nak sekalipon.x yah lah bunuh..bayi tu x bedosa..bagi kat org pon x pe gak)

0 comments:

 

Miss TiqaH punye BLOG Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise